Header Ads

Sukan Komanwel 2010: Kayuhan Rizal sekadar Perak

Kayuhan bertenaga Mohd Rizal Tisin belum dapat menjamin kilauan emas buat negara di Kompleks Sukan IG di New Delhi.

(Pelumba Malaysia, Mohd Rizal Tisin menayangkan pingat perak yang dimenangi beliau dalam acara ujian masa 1000m di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India. -foto AFP)

Rizal, 26, terpaksa berpuas hati selaku naib juara acara ujian masa 1 kilometer individu lelaki meskipun begitu hampir untuk merangkul pingat emas kedua negara itu.

Namun pencabar terakhirnya dari Australia, Scott Sunderland berjaya memadamkan catatan 1:02.768 minit milik Rizal dengan catatan masa 1: 01.401 minit.

Tempat ketiga menjadi milik Edwards Jones Dawkins (1:02.777 minit).

Sunderland berjaya mengekalkan kayuhan konsisten sejak dari awal lagi berbanding Rizal yang menjadi faktor utama kemenangannya.

Skuad berbasikal negara mensasarkan pungutan satu pingat emas pada Sukan Komanwel di New Delhi, India. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.