Tukar Team Lotus: Tidak cerminkan kepentingan negara - Datuk Razali
SEPANG: Usaha pasukan Lotus Racing untuk menukar nama kepada Team Lotus oleh pemiliknya Datuk Seri Tony Fernandes dilihat sebagai tidak mencerminkan kepentingan negara, demikian menurut timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.Razali (Gambar) menambah lagi jika pertukaran tersebut dilaksanakan, ia tidak akan melambangkan identiti Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat pengeluar kereta negara Proton Berhad.
"Tindakan Tony akan mengundang pelbagai masalah dan kekecewaan daripada pelbagai pihak," menurut beliau lagi.
Minggu lalu di GP Formula Satu Singapura, Fernandes mengumukan bermula tahun hadapan, Lotus Racing akan dikenali sebagai Team Lotus selepas menerima hak penggunaan nama tersebut daripada David Hunt. -Bernama
Post a Comment