Header Ads

Liga Juara-Juara Eropah: Di Maria julang Real Madrid

PARIS: Jaringan pada penghujung perlawanan oleh pemain gantian, Angel Di Maria memberikan Real Madrid kemenangan tipis 1-0 ke atas Auxerre dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

(Pemain tengah Real Madrid, Angel Di Maria gembira selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan di antara kelabnya menentang Auxerre dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada 28 September 2010. -foto AFP)

Pasukan pelawat mendominasi permainan dari segi penguasaan bola namun dilihat hampir pasti mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketiga berturut-turut mereka musim ini sebelum di Maria membolosi gawang Auxerre pada minit ke-81.

Bintang Argentina yang masuk menggantikan Lassana Diarra itu berjaya mengatasi cabaran Benoit Pedretti untuk menerima umpanan hantaran lintang dari kanan sebelum meledakkan volley ke penjuru kanan gawang pasukan tuan rumah itu.

Sebelum gol tersebut dijaringkan, Auxerre berjaya bertahan dengan tenang dan menyerap asakan demi asakan anak-anak buah Jose Mourinho tersebut. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.