Header Ads

Umat Islam di Malaysia bermula puasa Ramadhan hari ini

Hari ini, 1 Ramadhan 1431H bersamaan 11 Ogos 2010M merupakan bermulanya Umat Islam seluruh Malaysia berpuasa.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah telah pun mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia malam tadi bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Sebelum itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan semalam, 10 Ogos sebagai hari melihat anak bulan permulaan Ramadhan.

Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Selamat Berpuasa Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengunjung WarkahDaily Online yang setia bersama kami. Terima kasih atas sokongan anda.

Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada sebelum ini.
Dikuasakan oleh Blogger.