Header Ads

Selangor catat pelaburan tertinggi

Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi yang diluluskan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan nilai RM459.94 juta menerusi industri makanan.

Berdasarkan perangkaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Melaka menduduki tempat kedua dengan nilai RM75.33 juta diikuti Johor RM72.29 juta.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, dalam tempoh itu, tiada sebarang projek membabitkan industri makanan diluluskan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis.

Katanya, keadaan itu disebabkan kewujudan ramai usahawan berskala kecil terutama di kawasan pantai timur yang belum berkembang pada tahap dikehendaki.

“Bagi kawasan pantai timur, banyak bisnes kecil sedangkan kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kewangan yang dapat membantu mereka berkembang.

“Kita percaya usahawan di kawasan ini mempunyai potensi untuk dimajukan berdasarkan budaya perniagaan yang dapat dilihat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Industri Pemprosesan Makanan anjuran Mida, di Kota Bharu, semalam. -HM
Dikuasakan oleh Blogger.