Kontrak Sungai Besi diberikan kepada Jho Low untuk kaut keuntungan segera
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi.Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang, Anwar membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.
Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.
"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.
Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).
Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.
PKR mendakwa perjanjian itu bernilai RM500 juta dan dikaitkan dengan Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.
Bagaimanapun pada wawancaranya dengan the Star minggu lalu, Low menafikan dakwaan berkenaan.
"Zaman baik macam Nik Aziz dikatakan rasuah, yang rompak naik jadi Tun, yang bunuh naik takhta, ini zaman edan, cukuplah kita bangsa Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Bugis, Bajau, semuanya mahukan perubahan, pembaharuan untuk yang lebih baik di semua peringkat, baru boleh pimpin orang lain. -Malaysiakini
Post a Comment