Header Ads

Obinna bantu Inter belasah Manchester City

BALTIMORE, Maryland: Pemain sayap Nigeria, Nsofor Victor Obinna (Gambar) , bukan sahaja menjaringkan gol bahkan turut merintis satu lagi peluang jaringan untuk membantu Inter Milan membelasah Manchester City 3-0 dalam perlawanan persahabatan kelmarin.

Obinna membuka tirai jaringan pada minit ke-38 dan kemudian melepaskan rembatan pada minit ke-54 yang terkena pemain pertahanan City, Joleon Lescott, sebelum bola melantun ke dalam gol pasukan lawannya.

Cristiano Biraghi kemudian menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-74.


Pasukan dari Liga Perdana England itu kehilangan seorang pemain, Patrick Vieira, pada minit ke-21 selepas dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas Marco Materazzi.

City telah menggunakan penjaga gawang simpanan, Joe Hart, dalam separuh masa pertama sebelum Shay Given mengambil alih kedudukan itu selepas rehat.

City, yang dipimpin Roberto Mancini, akan menentang Tottenham Hotspur dalam pembukaan Liga Perdana England dalam masa dua minggu lagi. -Reuters
Dikuasakan oleh Blogger.