Kuyt mungkin bersatu dengan pengurus lamanya di Inter Milan
LONDON: Agen kepada Dirk Kuyt mengesahkan bahawa pemain Belanda itu berkemungkinan besar akan bersatu kembali bersama pengurus lamanya, Rafa Benitez di Inter Milan.(Pemain Arsenal, Andriy Arshavin (kanan) dan Marouane Chamakh melakukan kekasaran terhadap Dirk Kuyt (tengah) dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris Liverpool menentang Arsenal di Anfield. -foto AFP)
Benitez sangat mengkagumi sikap kerja keras semulajadi bekas pemainnya itu dan berhasrat untuk melancarkan tawaran kepada Kuyt.
"Ya, ada tawaran yang dilakukan oleh Inter cuma Kuyt sahaja yang tidak lagi membuat keputusan," ujar agen, Rob Jansen.
Tambah Jansen, Kuyt adalah pemain utama Liverpool dan agak sukar untuk Liverpool melepaskannya.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Liverpool pada tahun 2006 daripada Feyenoord. -PA Sport
Post a Comment