Header Ads

Keputusan Liga Super 3 Ogos: Kelantan sekadar seri, Ashaari rangkul Kasut Emas

Kelantan menutup tirai kempen Liga Super musim 2010 apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa dengan T-Team di Kota Bharu.

Namun keputusan itu seri itu tidak menjejaskan kedudukan Kelantan selaku naib juara tatkala pencabar terdekat, Terengganu menang 1-0 ke atas Plus FC.

Meskipun menguasai sebahagian besar permainan, namun barisan serangan skuad Wira Merah gagal buntu untuk memecah benteng T-Team.


B. Sathianathan mempertaruhkan gandingan Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Rakhli di bahagian serangan. Pertahanan lawan dipaksa bekerja keras untuk menahan asakan lawan sambil dibantu persembahan Syamsuri Mustafa yang kental.

Kelantan menggandakan asakan mereka pada penghujung perlawanan dan beroleh beberapa peluang menarik. Sepakan percuma Badri Radzi sekadar menggegar palang gol manakala cubaan Mohd Nizad Ayub pula yang mengutip bola muntah dalam kotak penalti sekadar menyepak tepat ke arah penjaga gol.

Pemain Terengganu, Mohd Ashaari Shamsuddin dinobatkan sebagai penerima Kasut Emas selaku penjaring terbanyak TM Liga Super apabila berjaya mengumpul 18 jaringan gol sepanjang musim 2010. Dalam perlawanan terakhir semalam, Ashaari menambah satu lagi gol apabila Terengganu menewaskan KL Plus 1-0.


Keputusan lain-lain perlawanan (Perlawanan terakhir TM Liga Super musim 2010)

Kedah
Kelantan
Pahang
Perak
Perlis
K. Lumpur
Terengganu

2 - 0
0 - 0
3 - 0
4 - 0
2 - 0
1 - 0
1 - 0

Selangor
T-Team
Johor FC
P. Pinang
N. Sembilan
Johor
KL Plus


Dikuasakan oleh Blogger.