Pemuda PAS sokong kepimpinan baru FAM
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan kunjungan hormat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kini dibarisi oleh kepimpinan baru.
Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, kunjungan hormat itu sebagai tanda sokongan DPPP kepada FAM yang diharapkan dapat meningkatkan prestasi bola sepak negara seterusnya dapat tampil sebagai sebuah pasukan bola sepak terkuat di Asia.
Dewan Pemuda PAS Pusat turut merakamkan tahniah kepada saf kepimpinan baru FAM sesi 2010-2014 dengan harapan prestasi bolasepak negara akan dapat dipertingkatkan sehingga Malaysia mampu tampil kelak sebagai salah sebuah pasukan bolasepak terkuat di Asia, katanya.
"Apa yang lebih penting ialah saf kepimpinan baru FAM mestilah mempamerkan wibawa yang tinggi dengan kebijaksaan tindakan pembaharuan yang bakal diambil serta berjiwa besar untuk mendengar pandangan dan kritikan orang ramai termasuk penganalisis dan pengkritik sukan.
"Gandingan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa selaku Timbalan Presiden FAM, dilihat sebagai satu gandingan yang baik dan berpotensi untuk meningkatkan kualiti bolasepak negara," katanya.
Beliau yakin bahawa pasukan bola sepak negara mampu pergi lebih jauh jika segala kelemahan dapat diatasi dan pasukan negara dibina semula melalui satu sistem pengurusan yang lebih baik dan profesional.
Katanya, formula kebangkitan pasukan bolasepak negara-negara yang dulunya seangkatan dengan Malaysia seperti Korea dan Jepun juga wajar dicontohi.
"Jika pasukan mereka mampu mengatur tapak untuk meletakkan pasukan mereka sebaris dengan pasukan handalan dunia, kenapa tidak Malaysia. Saya yakin selepas ini FAM akan menemui rumusan atau formula ke arah itu," katanya lagi. -HRKH
Ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) berkata, kunjungan hormat itu sebagai tanda sokongan DPPP kepada FAM yang diharapkan dapat meningkatkan prestasi bola sepak negara seterusnya dapat tampil sebagai sebuah pasukan bola sepak terkuat di Asia.Dewan Pemuda PAS Pusat turut merakamkan tahniah kepada saf kepimpinan baru FAM sesi 2010-2014 dengan harapan prestasi bolasepak negara akan dapat dipertingkatkan sehingga Malaysia mampu tampil kelak sebagai salah sebuah pasukan bolasepak terkuat di Asia, katanya.

Post a Comment