Bung terselamat daripada terlucut jawatan ahli parlimen?
Ahli parlimen Kinabatangan daripada, Datuk Bung Moktar Radin dilihat terselamat terlucut daripada jawatannya sebagai wakil rakyat selepas mahkamah telah mengenepikan hukuman penjara terhadapnya bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.Menurut Bernama, Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhuddin Ibrahim bagaimanapun memerintahkan ahli politik Barisan Nasional BN dari Sabah itu membayar denda RM1,000, dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.
Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap Bung Moktar, 51, kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan pelakon Izette A. Samad, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam 16 Dis tahun lepas.
Jika dipenjara, berkemungkinan Bung akan dilucutkan daripada jawatan ahli parlimennya.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Post a Comment