Alex Ferguson tekad balas dendam terhadap Fulham
LONDON: Sir Alex Ferguson yakin Mark Hughes akan mencapai kejayaan di Fulham namun telah memberi amaran kepada bekas pemainnya itu bahawa Fulham tidak berpeluang untuk mencipta kejutan ke atas Manchester United.Ferguson pasti berharap untuk menghapuskan kenangan pahit dua musim berturut-turut apabila bertandang ke Craven Cottage minggu ini.
United tewas 3-0 di Fulham musim lalu sewaktu skuad Ferguson itu dilanda krisis kecederaan yang teruk di mana Darren Fletcher dan Michael Carrick terpaksa beraksi di bahagian pertahanan, mengulangi episod sedih tewas 2-0 di tempat sama musim sebelumnya.
Kini Ferguson tidak sabar-sabar untuk membalas dendam walaupun beliau yakin Hughes berkebolehan meneruskan usaha Roy Hodgson di Fulham.
"Kami melalui waktu yang sukar di Fulham ketika itu. Susah untuk menentang pasukan lain bila terpaksa meletakkan pemain di luar posisi biasa mereka," terang Ferguson.
"Fulham bermain dengan sangat hebat musim lalu. Mereka bermain sebanyak 59 perlawanan sejak Julai.
"Tapi kali ini tiada lagi peluang buat mereka, saya yakin tentang hal tersebut." -AFP
Post a Comment