Bayi baru lahir masih hidup disumbat dalam beg
SENAI: Episod pembuangan bayi sama ada masih hidup atau mati tidak pernah menemui noktahnya.
Sifat kekejaman segelintir manusia yang lebih mementingkan hawa nafsu sering menjadikan bayi yang tidak berdosa sebagai mangsa.
Terbaru, seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui pekerja kilang di Jalan Persiaran Mutiara Emas, Johor Bahru, semalam.
Lebih memeranjatkan, bayi yang masih hidup itu ‘disumbat’ di dalam sebuah beg.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi malang itu ditemui seorang wanita, berumur 55 tahun, kira-kira jam 6.30 pagi.
Katanya, ketika kejadian, wanita itu sedang menunggu bas di jalan tersebut yang berhampiran Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Wanita itu pada mulanya menyangka hanya beg pakaian tetapi berasa sangsi kerana melihat beg itu bergerak-gerak.
“Dia kemudiannya memeriksa kandungan beg dan terkejut melihat ada bayi perempuan,” katanya.
Zainuddin berkata, wanita itu kemudiannya menghantar bayi yang disyaki baru lahir itu ke HSI dan dilaporkan stabil
“Bayi itu berkulit cerah tetapi status keturunannya masih belum dapat disahkan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -SH
Sifat kekejaman segelintir manusia yang lebih mementingkan hawa nafsu sering menjadikan bayi yang tidak berdosa sebagai mangsa.
Terbaru, seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui pekerja kilang di Jalan Persiaran Mutiara Emas, Johor Bahru, semalam.Lebih memeranjatkan, bayi yang masih hidup itu ‘disumbat’ di dalam sebuah beg.

Post a Comment