Header Ads

Keputusan Piala Dunia 2010: Jepun mara dengan bergaya, Itali kecewa

Keputusan terkini bola sepak FIFA Piala Dunia 2010 bagi perlawanan malam dan awal pagi tadi bagi aksi kumpulan E dan F.

Jepun menjadi pasukan Asia yang dilihat lebih konsisten apabila menang bergaya ke atas lawan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Dua tendangan bebas yang cantik hasil daripada Keisuke Honda dan Yasuhito Endo pada separuh masa pertama dan ledakan Shinji Okazaki di separuh masa kedua sudah cukup bagi Jepun untuk menundukkan Denmark 3-1 di Stadium Royal Bafokeng.

Kemenangan bergaya itu memberi Jepun satu tempat ke pusingan kalah mati bersama Belanda dalam kumpulan E.

Pusingan kalah mati, Jepun, akan menghadapi pemenang Kumpulan F iaitu Paraguay di Stadium Loftus Versfeld di Pretoria pada tarikh 29 Jun.

Dalam aksi kumpulan F, Slovakia meranapkan impian Itali untuk mara ke pusingan seterusnya selepas menang 3-2.

Namun, minit-minit terakhir perlawanan, Slovakia terpaksa bertahan dengan serangan bertalu-talu Itali bagi mendapatkan gol penyamaan kerana Itali hanya memerlukan seri untuk ke pusingan seterusnya jika perlawanan Paraguay dan New Zealand berkesudahan seri.

Bagi Slovakia, mereka perlu menang untuk mara ke pusingan seterusnya di Ellis Park.



Berikut adalah keputusan keseluruhan perlawanan terkini (25 Jun)


Keputusan terkini

Denmark

Jon Dahl TOMASSON (81')





Cameroon

Samuel ETOO (65' PEN)




Slovakia

Robert VITTEK (25', 73')

Kamil KOPUNEK (89')



Paraguay



1 - 3






1 - 2





3 - 2





0 - 0



Jepun

Keisuke HONDA (17')

Yasuhito ENDO (30')

Shinji OKAZAKI (87')



Belanda

Robin VAN PERSIE (36')

Klaas Jan HUNTELAAR (83')



Itali

Antonio DI NATALE (81')

Fabio QUAGLIARELLA (92')



New Zealand





Jadual perlawanan akan datang

Korea Utara

Portugal

Chile

Switzerland

vs

vs

vs

vs

Ivory Coast

Brazil

Sepanyol

Honduras

- (25 Jun - 10:00 malam)

- (25 Jun - 10:0 malam)

- (26 Jun - 2:30 pagi)

- (26 Jun - 2:30 pagi)





Dikuasakan oleh Blogger.