Header Ads

Fernandes tolak tawaran RM29.6 juta untuk selesai pertikaian penggunaan nama Lotus

KUALA LUMPUR: Taikun industri penerbangan, Tony Fernandes berkata beliau telah menolak tawaran sebanyak RM29.6 Juta untuk menyelesaikan pertikaian mengenai penggunaan nama Lotus melibatkan dua pasukan Formula Satu (F1).

(Tony Fernandes mendedahkan beliau telah menolak tawaran untuk menyelesaikan pertikaian di luar Mahkamah. –foto AFP)

Selepas 16 tahun menyepikan diri, nama Lotus kembali dalam saingan F1 sejak musim lalu dibawah pimpinan Fernandes yang juga pengasas syarikat penerbangan tambang murah AirAsia.

Namun pada september tahun lalu, syarikat pembuat kenderaan Malaysia, Proton yang menguasai Lotus telah menamatkan lesen Fernandes sekaligus memaksa beliau menggunakan kembali nama asal Team Lotus (daripada Lotus Racing).

Kemudiannya pada Disember, Kumpulan Lotus mengambil alih sebahagian besar ekuiti saham dalam Renault Formula Satu yang mana mereka kini menamakan "Lotus Renault GP" untuk musim 2011.

Fernandes bersama dua rakan niaga warga Malaysia telah membeli hak untuk menggunakan nama Team Lotus daripada David Hunt, abang kepada Juara Dunia 1976, James Hunt.

Manakala proton yang membeli haknya menerusi Kumpulan Lotus pada 1996, mendakwa mereka mempunyai hak penuh terhadap nama tersebut dan menolak pasukan baru Fernandes, Team Lotus.

"Ia memerlukan enam juta pounds untuk menyelesaikan hal ini diluar mahkamah. Sudah tentu saya mahu menyelesaikannya tetapi dengan proposal Proton tersebut boleh membuatkan syarikat menjadi muflis. Saya tidak akan menerimanya.

"Kami tidak akan mencipta situasi itu. Kami mempunyai perjanjian selama lima tahun. Proton mungkin fikir mereka boleh buli kita. Kami memang bekerja keras untuk membawa balik nama Lotus dalam F1," kata Fernandes kepada AFP. -AFP

WarkahDaily – Alahai, kejayaan tak seberapa tetapi bergaduh sampai ke luar negara. Memang memalukan negara apabila kedua-dua syarikat dari Malaysia, Proton yang memegang cap Lotus dengan Tony Fernandes yang memiliki pasukan Team Lotus telah bertindak merebut hak total pemilikan jenama Lotus.

Orang lain duk sibuk nak berlumba tetapi kita pulak sibuk nak bergaduh. Orang luar duk lihat kita sesama sendiri bertelagah, bukan mahu bekerjasama meletakkan nama negara di puncak dunia.
Dikuasakan oleh Blogger.