FIFA Piala Dunia 2010 (26 Jun): Portugal terselamat, Switzerland sia-siakan peluang
Keputusan terkini bola sepak FIFA Piala Dunia 2010 bagi perlawanan malam dan awal pagi tadi bagi aksi kumpulan G dan H.Kejayaan juara Eropah, Sepanyol mengalahkan Chile 2-1 terus meyakinkan pengamat bola sepak dan peminat dalam mencipta kejuaraan di Afrika Selatan musim ini. Kemenangan itu memberi Sepanyol memimpin kumpulan H dan meneruskan ke pusingan kalah mati bertemu Portugal.
Sepanyol telah pun mendahului Chile 2-0 pada separuh masa pertama melalui gol David Villa dan Andres Iniesta. Walaupun begitu, Chile inginkan kemenangan untuk menghadapi risiko penyingkiran jika Switzerland menang dengan Honduras. Kesungguhan itu tampak sedikit peluang apabila Rodrigo Millar menjarakkan kedudukan 2-1 pada minit 47’.
Chile terpaksa bermain sepuluh orang selepas Marco Estrada dibuang padang kerana mengumpul dua kad kuning. Kedudukan itu memberi kelebihan buat Sepanyol untuk untuk menempah tiket ke pusingan seterusnya.
Walaupun kalah, Chile turut layak ke pusingan kalah mati kerana Switzerland terpaksa melepaskan peluangnya keemasannya untuk mara selepas hanya sekadar seri 0-0 dengan Honduras.
Dalam perkembangan lain, Portugal terselamat dari zon penyingkiran awal selepas seri dengan Brazil 0-0 dengan mengumpul 4 mata, berkelebihan satu mata di hadapan Ivory Coast yang menang dengan Korea Utara 3-0. -WarkahDaily
Berikut adalah keputusan keseluruhan perlawanan terkini
Keputusan terkini
Chile
Rodrigo MILLAR (47')
Switzerland
Portugal
Korea Utara
1 - 2
0 - 0
0 - 0
0 - 3
Sepanyol
David VILLA (24')
Andres INIESTA (37')
Honduras
Brazil
Ivory Coast
Yaya TOURE (14')
ROMARIC (20')
Salomon KALOU (82')
Jadual pertemuan kalah mati (pusingan 16) akan datang
Uruguay
Amerika Syarikat
Jerman
Argentina
vs
vs
vs
vs
Korea Selatan
Ghana
England
Mexico
- (26 Jun - 10:00 malam)
- (27 Jun - 2:30 malam)
- (27 Jun - 10:00 pagi)
- (28 Jun - 2:30 pagi)
Post a Comment