Header Ads

Keputusan FIFA Piala Dunia 2010: Brazil tempah tiket ke suku akhir bertemu Belanda

Brazil mengesahkan tempat ke suku akhir FIFA Piala Dunia 2010 bertemu Belanda selepas membelasah pasukan Chile 3-0 awal pagi tadi (29 Jun).

Sepuluh minit terakhir dalam separuh masa pertama, anak didik Dunga berjaya meledakkan dua gol untuk meletakkan bekas juara dunia itu dihadapan 2-0. Gol pertama diperolehi hasil jaringan Juan pada minit ke 35’. Tiga minit kemudian, Luis Fabiano pula merobek benteng Chile menjadikan 2-0.

Robinho menambah derita Chile dengan gol ketiga Brazil terus meranap harapan Chile ke suku akhir dan memusnahkan terus impian menunggu 48 tahun untuk memenangi Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan.

Dalam perkembangan lain, harapan Slovakia untuk ke suku akhir musnah di Durban's Stadium Moses Mabidha semalam (28 Jun) selepas Arjen Robben meledakkan jaringan pertama belanda pada minit 18’ separuh masa pertama. Robben yang berjaya memperdaya benteng Slovakia terus membuat tendangan leret yang tidak berjaya ditepis oleh penjaga gol Slovakia untuk menerjah jaring memberi gol pertama Belanda.

Gol kedua Belanda diperolehi pada minit ke 84’ menerusi jaringan Wesley Sneijder sebelum Slovakia menjarakkan kedudukan 2-1 menerusi Robert Vittek pada minit ke 94’ menerusi tendangan penalti.

Belanda yang belum pernah memenangi empat perlawanan pertama mereka di pusingan akhir Piala Dunia, kini mula mempersiapkan pasukan terbaik untuk berhadapan Brazil di Port Elizabeth dalam aksi suku akhir.




Keputusan terkini (keputusan lain-lain peringkat kalah mati)

Brazil

JUAN (35')

LUIS FABIANO (38')

ROBINHO (59')


Belanda

Arjen ROBBEN (18')

Wesley SNEIJDER (84')


Argentina

Carlos TEVEZ (26', 52')

Gonzalo HIGUAIN (33')


Jerman

Miroslav KLOSE (20')

Lukas PODOLSKI (32')

Thomas MUELLER (67', 70')


3 - 0





2 - 1




3 - 1




4 - 1





Chile





Slovakia

Robert VITTEK (94' PEN)



Mexico

Javier HERNANDEZ (71')



England

Matt UPSON (37')






Jadual pertemuan kalah mati akan datang (pusingan 16)

Paraguay

Sepanyol


vs

vs


Jepun

Portugal


- (29 Jun - 10:00 malam)

- (30 Jun - 2:30 malam)




Dikuasakan oleh Blogger.