Keuntungan suku pertama Scomi Engineering susut kepada RM8.1 juta
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Keuntungan bersih Scomi Engineering Bhd untuk suku pertama berakhir 31 Mac, 2010, merosot kepada RM8.111 juta daripada RM17.708 juta dalam tempoh yang sama tahun 2009.
Pendapatannya, bagaimanapun, menokok kepada RM128.923 juta daripada RM126.772 juta sebelumnya.
Dalam satu kenyataan di sini Rabu, anak syarikat kepada Scomi Group itu berkata yang kemerosotan untung bersih itu adalah berikutan sumbangan yang rendah daripada perniagaan kedai mesinnya.
"Perniagaan menyaksikan kejatuhan dalam pendapatan ekoran kelembapan aktiviti oleh pemegang kontrak utama industri minyak dan gas berikutan penurunan dalam bilangan pelantar dan berkurangannya aktiviti penggerudian," katanya.
Syarikat semalam memeterai perjanjian dengan Sumitomo, Jepun untuk penjualan perniagaan kedai mesinnya dengan harga tunai AS$101 juta (AS$1=RM3.21).
Scomi Engineering berkata unit landasannya adalah penyumbang utama kepada pendapatan iaitu 67 peratus seiring dengan perkembangann projek monorel Mumbai.
Pesiden Scomi Engineering, Syahrunizam Samsuddin berkata syarikat akan meneruskan usaha-usahanya untuk mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan kecekapan operasi dan memantau pelaksanaan projek-projeknya.
"Ini akan memastikan kemampanan perniagaan kami terutamanya dalam keadaan pasaran yang mencabar," kata beliau.
Bergerak ke hadapan, beliau berkata yang Scomi Engineering akan memberi fokus kepada usaha pemasarannya di Brazil (selepas ia memperolehi hak untuk menganjurkan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2016) dan India (dengan projek berpotensi di Pune dan Bangalore).
Beliau berkata yang syarikat turut mengintai beberapa peluang projek di Jeddah, Madinah, Riyadh dan Arab Saudi. -Bernama
Pendapatannya, bagaimanapun, menokok kepada RM128.923 juta daripada RM126.772 juta sebelumnya.
Dalam satu kenyataan di sini Rabu, anak syarikat kepada Scomi Group itu berkata yang kemerosotan untung bersih itu adalah berikutan sumbangan yang rendah daripada perniagaan kedai mesinnya.
"Perniagaan menyaksikan kejatuhan dalam pendapatan ekoran kelembapan aktiviti oleh pemegang kontrak utama industri minyak dan gas berikutan penurunan dalam bilangan pelantar dan berkurangannya aktiviti penggerudian," katanya.
Syarikat semalam memeterai perjanjian dengan Sumitomo, Jepun untuk penjualan perniagaan kedai mesinnya dengan harga tunai AS$101 juta (AS$1=RM3.21).
Scomi Engineering berkata unit landasannya adalah penyumbang utama kepada pendapatan iaitu 67 peratus seiring dengan perkembangann projek monorel Mumbai.
Pesiden Scomi Engineering, Syahrunizam Samsuddin berkata syarikat akan meneruskan usaha-usahanya untuk mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan kecekapan operasi dan memantau pelaksanaan projek-projeknya."Ini akan memastikan kemampanan perniagaan kami terutamanya dalam keadaan pasaran yang mencabar," kata beliau.

Post a Comment