Ratu cantik Amerika keturunan Arab bekas penari lucah
WASHINGTON: Kemenangan Rima Fakih kelmarin sebagai Miss USA 2010 dicemari dengan pendedahan beberapa foto aksinya ketika memenangi pertandingan tarian lucah di sebuah kelab bogel di Detroit pada 2007.Rima, 24, adalah wanita Islam pertama yang memenangi pertandingan tersebut dengan mengalahkan 50 pencabar lain.
Foto-foto itu disiarkan laman web sebuah radio di Detroit sempena kejayaannya meraih gelaran Miss USA pada malam Ahad lalu.
Rima dalam foto-foto tersebut dilihat menari mengelilingi sebatang tiang dengan disaksikan pengunjung kelab.
Produser radio tempatan itu mendakwa mereka dihubungi oleh seorang penganjur pertandingan ratu cantik Miss Universe yang memohon pihaknya menyiarkan maklumat tambahan mengenai pembabitan Rima.
Sebagai pemenang Miss USA, Rima, juga eksekutif pemasaran dari Michigan, akan mewakili Amerika Syarikat dalam pertandingan tersebut pada tahun ini.
Masih belum jelas sama ada penganjur Miss USA sudah mengetahui Rima adalah pemenang pertandingan Stripper 101 di Coliseum Gentleman's Club. -SH
WarkahDaily - Macam-macam dah berlaku benda yang tak sepatutnya berlaku atas dunia ni. Rima tu dah memalukan bangsa Arab dan umat Islam.
Mungkin kemenangan itu disengajakan oleh pihak tertentu di US, terutama golongan Yahudi untuk menjejaskan imej umat Islam.
Post a Comment