Judi: Harussani sudah, Jamil Khir, PERKASA dan Umno mana?
Sebelum ini kita menunggu suara 'keramat' daripada mufti Perak, Tan Sri Harussani mengeluarkan kenyataannya berkenaan kerajaan BN telah 'menghalalkan' kegiatan judi bola sepak di Malaysia.
Namun, akhirnya Harussani telah bersuara dengan menempelak pemimpin kerajaan BN, Najib yang telah bertindak meluluskan lesen perjudian bola sepak.
Tetapi kita belum lagi kedengaran pemimpin PERKASA yang selalu 'berteriak' siang malam tentang Melayu. Sikit-sikit Melayu, tak habis-habis berkenaan Melayunya walaupun tidak kemana pun apa yang mereka pekikkan itu. Hanya tin kosong je. Padahal Melayu tetap mundur.
Tapi apa tindakan PERKASA berkaitan dengan kelulusan lesen judi oleh kerajaan BN tu. Bila lagi nak 'berteriak'? Bukan ke nanti, orang Melayu boleh mundur apabila kegiatan judi berleluasa berlaku di negara ini selepas kerajaan BN menghalalkanya?
Kepada pemimpin PERKASA, Ibrahim Ali, tak takut ke nanti Melayu makin mundur kerana judi?
Sebab ramai juga orang Melayu yang terlibat dengan judi sekarang ini. Kalau pi tengok kat kedai nombor ekor, akan ada orang yang bermuka Melayu tanpa segan silu masuk kedai nombor ekor untuk membeli nombor.
Bukan sahaja PERKASA, Umno pun mananya? Apakah PERKASA dan Umno dah 'diplaster' mulutnya oleh bos mereka?
Bila lagi hangpa nak berdemo wahai Ibrahim Ali dan pemimpin Umno?
Sebelum tu, WarkahDaily nak tanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama tu. Sebelum ini aku dengaq katt TV dalam Ehwal Islam bukan main lantang bercakap pasai halal haram dalam agama.
Bagaimana pula dengan judi ni ustaz? Nak diam sampai bila?Tok Mufti dan bersuara. Enta bila lagi?
Tok mufti kata, pemimpin kerajaan yang luluskan lesen perjudian tu telah melakukan syubhah. Bagaimana menterinya?
Laporan portal EraPakatan, Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.
"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.
Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.
"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.
Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.
"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.
Namun, akhirnya Harussani telah bersuara dengan menempelak pemimpin kerajaan BN, Najib yang telah bertindak meluluskan lesen perjudian bola sepak.
Tetapi kita belum lagi kedengaran pemimpin PERKASA yang selalu 'berteriak' siang malam tentang Melayu. Sikit-sikit Melayu, tak habis-habis berkenaan Melayunya walaupun tidak kemana pun apa yang mereka pekikkan itu. Hanya tin kosong je. Padahal Melayu tetap mundur.Tapi apa tindakan PERKASA berkaitan dengan kelulusan lesen judi oleh kerajaan BN tu. Bila lagi nak 'berteriak'? Bukan ke nanti, orang Melayu boleh mundur apabila kegiatan judi berleluasa berlaku di negara ini selepas kerajaan BN menghalalkanya?
Kepada pemimpin PERKASA, Ibrahim Ali, tak takut ke nanti Melayu makin mundur kerana judi?
Sebab ramai juga orang Melayu yang terlibat dengan judi sekarang ini. Kalau pi tengok kat kedai nombor ekor, akan ada orang yang bermuka Melayu tanpa segan silu masuk kedai nombor ekor untuk membeli nombor.
Bukan sahaja PERKASA, Umno pun mananya? Apakah PERKASA dan Umno dah 'diplaster' mulutnya oleh bos mereka?
Bila lagi hangpa nak berdemo wahai Ibrahim Ali dan pemimpin Umno?
Sebelum tu, WarkahDaily nak tanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama tu. Sebelum ini aku dengaq katt TV dalam Ehwal Islam bukan main lantang bercakap pasai halal haram dalam agama.Bagaimana pula dengan judi ni ustaz? Nak diam sampai bila?Tok Mufti dan bersuara. Enta bila lagi?
Tok mufti kata, pemimpin kerajaan yang luluskan lesen perjudian tu telah melakukan syubhah. Bagaimana menterinya?
Laporan portal EraPakatan, Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.
"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.
Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Post a Comment