Header Ads

Lesen judi: Akhirnya Harussani menempelak Najib

Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

“Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor.

Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram. -TVS

WarkahDaily - Bagaimana pula dengan penyokong yang memberi kemenangan kepada BN, menolong BN memerintah (mengundi BN, tolong BN rampas kuasa dll), apakah mereka ini juga tergolong dalam kumpulan yang melakukan perkara syubahat?

Sebab dengan kuasa yang diberi pengundi ketika pilihanraya itu merupakan titik tolak berlakunya pemberian lesen judi itu. Dengan kuasa yang diberikan itu, BN telah meluluskan lesen judi.

Janganlah pula kita nanti termasuk dalam golongan yang menyesal apabila dicampak bersama-sama dengan ketua masing-masing dalam neraka yang mereka ikut ketika atas dunia.

Setelah mereka dicampak ke dalam neraka jahannam, mereka menyalahkan orang lain. Terutama kepada orang yang telah diberikan ketaatan, yakni kepada pemimpin-pemimpin yang menyesatkan mereka dari jalan Allah. Mereka berbantah-bantah di dalam api neraka, sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran,

“ Dan (ingatlah), ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, Maka orang-orang yang lemah Berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, Maka dapatkah kamu menghindarkan dari kami sebahagian azab api neraka?" (Surah Al-Ghafir ayat 47)

Tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh golongan mustakbirin (pemimpin-pemimpin yang zalim) yang telah menyesatkan mereka kerana mereka juga sama-sama diseksa dalam api neraka. Jawab golongan mustakbirin ini,

“ Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab: "Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka Karena Sesungguhnya Allah Telah menetapkan Keputusan antara hamba-hamba-Nya". (Surah Al-Ghafir ayat 48)


Dikuasakan oleh Blogger.