Header Ads

Zainul Faqar berniat jahat terhadap Ust Nasha?

Hari ini aku memang sengaja meletakkan post title yang gempak sikit. Memang sesuai dengan watak yang akan aku olahkan dalam artikel aku kali ini.

Aku bukan ingin sangat pun mahu membicarakan perihal dua tiga kerat puak-puak yang menggelarkan diri mereka ‘PAS reform’ atau ‘gerakan anti UG’. Yang peliknya, mereka gelarkan diri mereka kumpulan anti UG padahal UG pun dah dibungkus kemas-kemas.

Ungkit benda yang sudah pun dibungkus

Kenapa mereka ini selalu mengungkitnya kononnya ianya sentiasa ada. Sekarang ini, yang duk bising, ungkit pasal UG bukan lagi puak yang didakwa inginkan kerajaan perpaduan, tetapi puak yang mengelarkan diri mereka sebagai anti UG yang dilihat sengaja untuk ‘menghidupkan’ isu ini seolah-olah sentiasa ada dan menjadi buah mulut orang. Apakah motif tidaklah diketahui.

Pusing kanan, cakap pasal UG, pusing kiri pun pasal UG lagi. Makan, minum, berak, kencing, semunya dibicarakan UG.

Hinggakan, pemimpin tertentu yang mereka bencikan ini duduk semeja hendak minum atau berbual-bual pun disentap sebagai perbincangan UG. Padahal mereka ini tidak pun ketahui apakah topik perbincangan atau perbualan yang dibualkan pemimpin yang dibenci mereka ini. Yang mereka pandai hanyalah andaian.

Sekarang ini, bagi puak-puak yang juga menggelarkan diri mereka dengan ‘PAS reform’ ini pantang melihat pemimpin PAS duduk semeja dengan Umno tidak kira berbual, bertegur-sapa, bertembung, bersua muka, terserempak dan sebagainya akan dianggap berbincang dalam gelap untuk UG.

Bagi mereka, seolah-olah PAS tidak boleh ada sebarang pertemuan, bersentuh bahu, bertegur sapa, bersua muka, bertembung walau tidak sengaja dengan orang Umno. Jika ada, maka satu Malaya akan dijaja UG. Teramat sempit pemikiran mereka.

Sekarang ini, mereka ini dilihat seolah-olah ditugaskan oleh puak-puak tertentu untuk menerjah beberapa pemimpin PAS yang mereka benci dan dendam. Seolah-olah setiap langkah pemimpin PAS akan dikira, diukur, diperhati dengan teliti. Bukan sebab sayang pada pemimpin, tetapi sengaja mencari kesilapan untuk menjatuhkan pemimpin yang mereka benci.

Zainul Faqar yang biadap

Ada ilmu tapi tidak diamalkan, ada adab tapi tidak dipraktikkan, ada maruah tapi ditelanjangkan, sayangkan jamaah tapi merendah-rendahkan orang lain dihadapan khalayak.

Apakah motif Zainul Faqar menerjah Ust Nasharuddin Mat Isa ketika sedang berbual dengan seorang ahli parlimen Umno ketika parlimen sedang bersidang berkenaan isu APCO. Bagi Zainul Faqar, isu itu terlalu besar sehingga tidak boleh berehat untuk minum air.

Kalau ya pun ingin tahu apa yang dibualkan oleh Ust Nasha, kenapa sampai ‘ditelanjangkan’ maruah kawan itu semata-mata kerja bodoh engkau tu.

Apa yang buruk sangat berbual dengan MP Umno tu. Dan satu lagi, kenapa terdesak sangat engkau ingin tahu apa yang dibualkan mereka berdua.

Tak boleh ke buat secara baik, tanya dengan baik, bagi Ust Nasha selesai dulu minum pastu jumpa dan ajukan persoalan yang engkau mahu tanya sangat kalau ya pun penting bagi engkau orang.

Pengarah drama di belakang tabir?

Kenapa ‘dispotkan’ hanya kepada Ust Nasha, tidak yang lain? Ada apa-apa motif ke?

Yang penting, apakah wujud disana ‘sang pengarah drama’ yang sudah mengintai dari jauh untuk menjatuhkan air muka dan maruah Ust Nasha?

Kenapa aku berkata demikian, kerana Zainul Faqar begitu terdesak menyoal Ust Nasha hingga mengeluarkan dalil Al-Quran lagi tu. Seolah-olah bagi Zainul Faqar, ia begitu penting untuk dijelaskan.

Kenapa perlu didesak sebegitu rupa? Apakah Zainul sudah tahu ‘isi penting’ perbualan Ust Nasha dengan MP Umno itu yang boleh merosakkan PAS atau Pakatan?

Jika Zainul Faqar tahu ‘isi penting’ perbualan itu, sila bongkarkan. Jangan main redah dan terjah aje semacam penguatkuasa agama menyerbu pasangan sedang berkhalwat. Zainul Faqar tak belajar adab bergaul ke? Tidak tahu cara masuk ‘rumah’ orang ke?

Jangan main redah masuk rumah orang pastu pi makan kat dapur tanpa minta izin masuk pun.

Jawapan kepada soalan yang diajukan tidak terjawab, tapi persepsi sudah keluar di laman blog

Wahai Zainul Faqar, aku nak tanya sikit. Apakah soalan yang engkau duk tanya Ust Nasha itu telah dijawab oleh Ust Nasha? Kalau sudah terjawab, sila bongkarkan untuk tatapan umum agar tidak membuatkan orang lain yang membaca persepsi engkau ni turut serta berdosa dalam subahat dengan engkau dalam perkara fitnah.

Ya la kan, sekarang ini, orang dah menganggap Ust Nasha bersalah kerana berbual dengan MP Umno tu. Tapi kenapa? Kenapa dipersalahkan Ust Nasha sebegitu rupa? Apakah ada satu perkara yang sengaja didiamkan oleh Zainul Faqar sendiri supaya orang ramai sentiasa menanamkan buruk sangka terhadap Ust Nasha.

Zainul Faqar hanya menyoal Ust Nasha, tetapi Ust Nasha tidak mahu menjawabnya dakwa Zainul Faqar. Tetapi Zainul Faqar sudah pun menerbitkan artikelnya berkenaan peristiwa itu atas motif yang tidak diketahui.

Bagi aku, apakah Zainul Faqar hanya marahkan Ust Nasha yang tidak mahu melayan pertanyaan, kemudian berdendam dengan Ust Nasha dengan memburuk-burukkan Ust Nasha dalam blognya.

Apakah Zainul Faqar ingin mengajak orang lain beremosi sepertinya kerana masalah peribadinya dengan Ust Nasha yang tidak mahu melayan kehendaknya?

Wahai Zainul Faqar, apakah motif anda dengan artikel yang anda keluarkan diblog anda itu. Apakah ianya bersifat peribadi atau demi kepentingan jamaah?

Jika anda ketahui satu perkara yang orang lain tidak ketahui ketika pertemuan anda dengan Ust Nasha itu yang boleh merosakkan jamaah, tolong sebarkan, bongkarkan supaya orang ramai termasuk Zainul Faqar sendiri, tidak hanya main teka-teka atau buat andaian apa yang dibualkan Ust Nasha dan MP Umno itu.

Pointnya bagi Zainul Faqar, Ust Nasha tidak mahu menjawab pertanyaannya. Itu sahaja, terus diteka, dituduh ‘ada hubungan dalam gelap’.

Tetapi, jika pertanyaan anda itu tidak dijawab atau anda sendiri pun tidak ketahui isi kandungan perbualan itu, janganlah pula mereka-reka persepsi yang boleh meruntuhkan lagi jamaah. Sebar sesuka hati dalam blog anda sekadar untuk mengembalikan ‘perjuangan kotor’ anda yang semakin dilupai dan sedikit demi sedikit dapat dibongkarkan.

Di sini, seolah-olah anda cuba menjawab kepada umum apa yang dibualkan oleh Ust Nasha dan MP Umno.

Anda tanya Ust Nasha tapi Ust Nasha tidak jawab kemudian anda pula ingin ‘menjawab’ pertanyaan itu dengan persepsi andaian anda sendiri dalam blog anda. Itu bodoh namanya.

Teguran mesti ada peraturan

Mengaku Islam tapi amalan tidak seperti orang Islam. Islam adalah agama yang berpegang kuat dengan disiplin dan peraturan. Bermula dari wuduk, solat, puasa, zakat sehingga haji ada syarat dan rukunnya. Bermula dari dalam masjid sehingga ke medan perang, ada peraturan dan disiplinnya. Bukan main redah aje.

Mencegah mungkar pun kena pastikan ianya nyata mungkar

Ulamak syariah membahaskan syarat-syarat Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Mungkar telah menyebut dengan jelas bahawa salah satu syaratnya; hendaklah mungkar itu sesuatu yang zahir atau nyata. Dalam ertikata lain sebarang syak wasangka atau intipan tanpa sebab yang darurah adalah dilarang.

Dalam Ihya` ulum ad-din, Imam Ghazali menyebut mengenai rukun perlaksanaan Hisbah. "Hisbah bermaksud “perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Mungkar (pencegahan kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan" (lihat: Dr Fadl Ilhi, Al-Hisbah, m.s. 20, Pakistan: Idarat Tarjamah al-Islam 1997M)

Rukun ketiga yang disebut oleh Imam Ghazali ialah: "Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini."

Kisah yang masyhur yang berlaku ke atas Saidina Umar, diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai ALLAH pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: ALLAH ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya.

ALLAH berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. ALLAH berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.

Dr Yusof Qardhawi menyebut dalam kitabnya, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam: “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya”.

Itu peraturan yang berkaitan maksiat. Tapi bagaimana pula dengan tindakan Zainul Faqar yang menerjah Ust Nasha yang tidak diketahui apa motif, khalwat ke, maksiat ke, mencuri ke, merompak ke atau sebagainya yang disangka buruk telah pun dibongkar sebegitu rupa oleh Zainul Faqar yang mengaku Muslim yang sayangkan jamaah itu.
Dikuasakan oleh Blogger.