Ramai bebenor! 87,583 orang muflis kerana kad kredit
WarkahDaily - Ramai bebenor rakyat kita berhutang ya. Lapor media, seramai 87,583 individu diisytiharkan muflis di negara kita. Daripada jumlah itu, 5.1% atau 4,651 orang telah diisytiharkan muflis kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober 2010.Memandangkan krisis yang melanda rakyat Malaysia itu, kerajaan dikatakan akan berbincang dengan pihak Bank Negara bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah yang tinggi dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang.
Kerajaan memandang serius keadaan itu kerana kebanyakan yang terlibat adalah generasi muda, kata Timb. Menteri di JPM, Datuk Liew Vui Keong.
Isu ini boleh dikatakan perkara kurang sihat berlaku di negara yang ingin dilonjak sebagai negara maju oleh kerajaan kerana ianya boleh memberi kesan buruk terhadap masa depan negara.
Hutang-piutang dah jadi perkara biasa dan trend masa kini. Jika ditanya yang berhutang, majoriti menyatakan ianya akibat daripada taraf hidup di negara ini semakin terdesak dan tinggi.
Harga barang semakin naik, barang keperluan naik harga, nak kahwin pun dah jadi trend berbelanja ribuan ringgit sehingga membebankan. Jadi penyelesaian singkat bagi golongan ini ialah, kad kredit.
Tambah pulak, pihak bank berlumba-lumba nak cari ‘mangsa’ pemiutang. Boleh dikatakan semua bank macam tu tanpa menghiraukan beban yang akan ditanggung oleh pemilik kad kredit. Yang depa fikir, cukup bulan kena bayar hutang. Lambat bayar, bunga bertambah-tambah.
Yang pemunya kad pulak, masa guna tu, tak sedar apa-apa. Seronok sakan berbelanja, berlagak kaya, padahal berhutang.
Kerajaan sepatutnya menegur pihak bank yang begitu galak mencari ‘mangsa’ pemiutang untuk approve kad kredit tanpa mengira kemampuan pengguna kad.
Post a Comment