Header Ads

Hari ini dalam sejarah: Tragedi Kg. Berembang diroboh BN

Isu pemindahan kuil Hindu di Seksyen 23 hujung bulan lalu telah mencetuskan polemik demonstrasi haram perarakan kepala lembu kononnya sebagai protes penduduk Seksyen 23 terhadap pemindahan kuil berkenaan.

Kontroversi berlaku apabila sekumpulan yang mengaku sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO yang kononnya memperjuangkan Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Dalam demonstrasi bantahan itu, kumpulan terbabit yang diprovokasi NGO bertanggungjawab telah berarak membawa kepala lembu yang masih belum kering darahnya ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sambil melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Polis hanya menjadi pemerhati
Dalam akhbar online, kira-kira 10 anggota polis yang ada hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut. Keadaan yang amat berlainan ketika demonstrasi pemansuhan ISA oleh GMP baru-baru ini. Mungkin ada "tangan kebal" di sebalik kumpulan yang melaku perarakan kepala lembu itu sehingga polis tidak berani mengambil tindakan terhadap kumpulan yang telah cuba mencetuskan api perkauman itu.

Bukan sahaja perarakan kepala lembu sahaja, namun ada yang membawa sepanduk mencaci beberapa wakil rakyat PR. MP Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan itu.

"Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno," katanya.

"Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian", kata Khalid.

Dipindah kerana berdekatan dengan surau
Kontroversi itu tercetus selepas Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR telah bercadang untuk memindahkan kuil dari dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana berdekatan dengan surau.

Kontroversi itu berpanjangan hingga sekarang dan masih belum mempunyai kata putus daripada pihak kerajaan berkenaan pemindahan kuil terbabit.

Umno terlibat sebagai dalang
Namun kini, polemik tersebut semakin bercelaru kerana terbukti Umno terlibat dengan perarakan kepala lembu itu. Oleh kerana melibatkan kemarahan kaum lain terhadap tindakan itu dan telah mendapat kecaman daripada pihak luar, baharulah kerajaan pusat melalui Menteri Dalam Negeri bertindak dan menyatakan kumpulan yang terlibat dengan perarakan tidak bermoral itu akan diambil tindakan. Namun sejauh mana tindakan yang akan diambil ketelusannya, belum lagi diketahui walaupun ada ura-ura akan dikenakan ISA. Bersama-sama kita tunggu.

Namun disebalik kejadian ini, NGO yang menjadi dalang kontroversi ini yang kononnya memperjuangkan orang Melayu dilihat sebagai hanya hangat-hangat tahi ayam atau mencari publisiti murahan dan hipokrit terhadap memperjuangkan nasib Melayu.

Siapa pengkhianat bangsa Melayu
Selepas di siasat ianya melibatkan orang Umno yang berjawatan di kawasan terbabit. Kalau orang Umno yang terlibat, sudah sedia maklum, mungkin mereka ini ingin mencari publisiti murahan mereka yang sudah sememangnya ditolak rakyat. Selepas ditolak oleh kaum India dan Cina, mereka cuba mencari sokongan daripada kaum Melayu dan cuba memperlihatkan kesungguhan mereka memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Padahal mereka ini hanya bertopengkan Melayu dan tidak sedar yang merekalah yang menyebabkan Melayu ini mundur sejak 52 tahun yang lalu.

Dimana NGO terbabit semasa tragedi kg Berembang
Semasa Selangor di bawah pemerintahan Khir Toyo, kerajaan negeri telah bertindak meroboh Kg. Berembang dan surau di kawasan itu. Perobohan itu menyaksikan kejadian yang begitu menyayat hati apabila kerajaan Umno Selangor ketika itu telah bertindak meroboh perkampungan Melayu di kg. Berembang dan juga meroboh surau di kampung terbabit. Semuanya kaum Melayu yang menjadi mangsa kerakusan Umno-BN dalam mengejar pembangunan.

Tetapi dimana pemimpin yang begitu lantang memperjuangkan Melayu? Mana NGO yang berarak kepala lembu di Seksyen 23? Mana kelantangan kamu memperjuangkan Melayu dan Islam.

Kenapa mereka ini tidak bertindak apabila kerajaan Khir Toyo meroboh rumah-rumah orang Melayu Islam dan yang lebih buruk lagi, meroboh surau sebagai tempat ibadah orang Islam. Mana sensitiviti mereka ini ketika itu? Adakah kerana tidak kepentingan peribadi atau mereka ini juga terlibat sama dalam perobohan terbabit.

Isu Kg. Buah Pala
Dalam isu Kg. Buah Pala di Pulau Pinang, Umno-BN dilihat cuba bergembira dengan bantahan penduduk Kg. Buah Pala yang tidak bersetuju dengan perintah keluar daripada premis berkenaan kerana tuan punya tanah ingin mengambilnya kembali. Namun Kerajaan Pulau Pinang di bawah PR telah dituduh tidak berperikemanusiaan terhadap perintah mengosongkan tanah terbabit.

Namun disebalik isu di Kg. Buah Pala jika hendak dibandingkan dengan isu perobohan rumah di Kg. Berembang, Kerajaan PR Pulau Pinang dilihat lebih bertimbang rasa kerana memberi tempoh dan bertolak ansur dalam kejadian berkenaan. Tetapi bagaimana sejarah perobohan Kg. Berembang? Sejarah melihat, kerajaan Umno-BN lebih bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila tanpa rasa bersalah dan sensitiviti terhadap kaum sendiri, bertindak ganas meroboh rumah-rumah orang Melayu yang sebangsa dengan mereka dan juga meroboh rumah ibadat orang Islam, surau.

Di manakah pembelaan kamu wahai Umno? Jangan hanya semut diseberang kita nampak tetapi gajah di depan mata kita tidak ketahui atau buat-buat tidak nampak. Alangkah malangnya kita mempunyai kerajaan sedemikan rupa. Perjuangan mereka bukan kerana kebajikan rakyat yang memilih mereka, tetapi menyeksa rakyat yang memilih mereka. Mereka hanya mementingkan kekayaan peribadi dan kroni mereka sahaja.

Kerajaan Selangor pimpinan PR dituduh tidak mendengar pandangan penduduk dalam isu kuil, tetapi bagaimana kerajaan Selangor di bawah Umno-BN pula. Adakah mereka mendengar rayuan ibu-ibu yang memegang anak sambil menangis supaya tidak diroboh rumah-rumah mereka yang sudah didiami selama 30 tahun?

Sebenarnya, Umno-BN hanya hipokrit kononnya berjuang untuk Melayu tapi yang sebenarnya merosakkan kaum Melayu ialah Umno-BN sendiri. Selepas mereka menjangkakan akan kehilangan kuasa, baharulah mereka cuba kembali memainkan api perkauman. Konon Melayu akan hilang di tanah air sendiri kerana tidak memilih Umno-BN.

Umno takut kehilangan kuasa bukan takut Melayu mundur
Padahal mereka ini takut akan kehilangan kuasa mereka dan tidak mahu rakyat celik dan dapat menilai apa yang mereka buat selama 52 tahun.

Kenapa takut sangat dengan kemunduran Melayu? Secara logiknya, jika sekiranya 52 tahun Umno-BN memerintah dan menyatakan memperjuangkan Melayu, ini bermakna Melayu sudah dipuncak. Apa lagi hendak dibimbangkan? Apakah selama 52 tahun memerintah, Umno-BN hanya beretorik semata-mata konon memperjuangkan nasib Melayu padahal sebaliknya.

Seorang anak kecil sudah sememangnya akan dipelihara oleh ibubapa sehinggalah besar panjang. Kemudian Anak terbabit akan berdikari sebab ibubapa sudah memelihara bertahun-tahun lamanya. Mereka akan boleh hidup sendiri dengan membina keluarga mereka sendiri. kerana sudah diisi dengan didikan yang baik. Kecuali jika ibubapa mengabaikan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik dan pelajaran yang berguna. Maka ketika itu, memang patutlah ibubapa bimbang akan anak-anak mereka selepas besar nanti sebab tiada pelajaran.

Begitu juga dengan kerajaan yang memerintah kita selama 52 tahun. Boleh diibaratkan Melayu itu sudah besar panjang jika kerajaan betul membela nasib Melayu. Tetapi jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab mereka selama ini, bermakna tidak kemana pun orang Melayu. Umno-BN hanya hipokrit selama ini.
Dikuasakan oleh Blogger.