Header Ads

WarkahDaily jawab ALHUSSEYN - Part 2

Komen ketujuh

Alhusseyn: “Buat masa ini, strateji kebanyakan kami membiarkan dia kehabisan pelurunya dulu dan tidak perlu dilayan.Kalau ko nak layan juga, ko mesti ada fakta.Ko mintalah Misbahul Munir yang kenal ‘orang itu orang ini dapatkan fakta untuk kaunter attack Kickdefella atau lebih baik ikut cakap dia : KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM”.


WarkahDaily:
Siapa yang tuan maksudkan ‘strategi kebanyakan kami’ tu? Group mana tu? Saja tanya, kot-kot kenal.

Nak biar dia kehabisan peluru ke atau nak biarkan ianya terus membarah kepada jamaah? Ok, jika selepas Kickdefella kehabisan peluru, apakah rakan-rakan tuan baru nak terjah?

Tuan kata sekarang ni takdak fakta, bagaimana lepas Kickdefella dah habis peluru nanti, masih lagi tiada fakta hendak diterjah. Apa perlu buat?

Kan saya dah kata, bukan semestinya kita serang Kickdefella dengan peluru yang sama yang dia pakai. Ini pun starategi jugak kan.

Jika tidak mahu berusaha cari ‘sumber-sumber yang boleh dipercayai’ untuk projek langgar Kickdefella seperti mana blogger yang duk cari ‘sumber-sumber yang boleh dipercayai’ semata-mata projek langgar pemimpin sendiri, sekurang-sekurangnya ‘backup’lah TGNA selepas Tok guru dah pun menafikan tuduhan Kickdefella . Tak percaya ke penafian Tok guru?

Tak pun, kita jelaskan kepada umum siapa sebenar Kickdefella setakat yang tuan kenal siapa Kickdefella. Tak kan nak harapkan saya yang kerdil ini untuk mengajar tuan dan blogger lain yang sudah sedia maklum kehebatan dan pengalamannya yang luas dalam ulasan politik dan isu semasa.

Jangan pula nanti orang tuduh kita sangsi dengan TGNA (percaya dengan tohmahan Kickdefella) baru kita nak melenting. Nauzubillah min zalik.

Tak kan itu pun saya nak ajar. Usaha cari salah pemimpin sendiri hingga ke Kuala Lumpur boleh pulak difikirkan. Padahal pasal kelewatan datang ke suatu program aje. Itupun dah diterangkan sebabnya oleh Ust Misbah yang tuan sindir tu.

Komen kelapan

Alhusseyn: “Hoi WD, dah tu ko buat apa? Kenapa ko sendiri tidak terjah Kickdefella?

WarkahDaily: Slow down sikit tuan. Kenapa nak marah sangat? Siapa mulakan dulu? Sebelum ini, saya hanya pertahankan artikel saya yang dikomen 'kurang asam' oleh tuan. Kenapa pula tuan perlu emosi.

Tuan nak mintak saya terjah Kickdefella? Ala, rasanya tuan lagi layak dari saya untuk terjah Kickdefella. Sebab tuan ‘banyak kaki’ (sumber dalaman) yang boleh tuan usahakan.

Bagi blogger celaka pulak (jangan perasanlah alhusseyn), depa kata ‘sumber-sumber yang boleh dipercayai’. Tiada sumber ke yang boleh buat projek langgar Kickdefella pulak?

Sumber hangpa ni hanya pandai cari buruk pemimpin sendiri je kot, tapi pasai pemusnah jemaah, tidak pula depa beriya nak ‘serang’.

Tapi, selemah-lemah saya pun, saya tetap juga berusaha walaupun tidak seberapa untuk mencari inisiatif meminta sesiapa yang berkaitan dengan Kickdefella agar membongkarkan siapa sebenar Kickdefella. Berjaya ke tidak halang tuduhan itu lain kira tapi usaha yang penting, jika berbanding berdiam diri. Tak pasal-pasal pulak nanti orang ingat kita setuju dengan Kickdefella. Saya tak tuduh siapa-siapa. Jangan perasan pulak.

Komen kesembilan

Alhusseyn: “Dan apa perlunya ko pula menghalakan peluru kepada aku dan lain-lain blogger yang ko cop celaka?

Aku hanyalah blogger cikai yang hanya buat 'coppy and paste' macam ko cakap itu. Ko ini sudah meleret-leret…sampai hati kau tuduh blog aku gampang macam itu?Tak mengapalah aku layan sikit”.

WarkahDaily: Tolong tuan alhusseyn ambil perhatian komen ini. Sekarang siapa hala peluru kat siapa ni?

Saya tegaskan disini, komen pertama saya pasal serangan Kickdefella terhadap TGNA (klik di sini) sedikit pun tidak saya sentuh alhusseyn. Tak percaya boleh baca pada link yang saya bagi tu. Saya Cuma pinta kepada yang berkaitan dalam PAS Kelantan (jika ada) dengan Kickdefella agar bersuara untuk memulihkan keadaan supaya fitnah tidak berleluasa.

Sebab bagi saya, jika kita berdiam diri, orang luar akan bersangka buruk dengan kita. Maka berlakulah tuduh menuduh antara satu sama lain. Kasihan Tok Guru nanti kena ‘balun’. Kemudian orang yang dikaitkan dengan kickdefella pulak terus dituduh bukan-bukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemudian artikel saya yang kedua, saya pinta, “Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.

Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.”

Seterusnya saya cuba lebarkan lagi permintaan saya untuk membela TGNA dalam menghadapi tuduhan dengan meminta kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru agar membela TGNA. Kerana saya konfius kenapa blogger berkenaan diam bila TGNA diserang Kickdefella, tapi bising bila TGNA cadang EGM walaupun tidak jadi.

Tiada pulak saya halakan peluru saya kepada alhusseyn seperti yang dia dakwa. Jangan perasanlah. Tiada sedikit pun alhusseyn dalam kepala saya untuk permintaan saya itu.

Satu hari, melalui blog list dalam blog kawan-kawan dan juga dalam blog saya juga, saya cuba klik pada title “Kenapa blogger PAS tidak jawab tuduhan Syed Azidi?” Pada laman alhusseyn. Terkejut juga dengan komennya ada menyentuh WarkahDaily.

Ini komennya “Sementara itu warkahdaily meyelar sikap blogger yang beliau kategorikan sebagai celaka dan hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS? Sedap mulut sajer warkahdaily ini menulis.Kurang asam betul si penulisnya.”

Atas dasar apa dia nak pertikaikan artikel saya? Nak kata saya ni ada sentuh (tuduh dia antara blogger celaka tu) jauh sekali. Kalau tak percaya boleh check, ada ke tidak.

Yang duk marah sangat dengan saya tu kenapa?

Tapi bila saya balas balik, dia pulak mengamuk. Emosi sakan dibuatnya. Tak pro langsung jika begitu keadaannya.

Saya tak pernah, tak pernah langsung cop tuan sebagai blogger celaka. Tapi dia pulak terasanya? Kenapa tuan perasan pulak.

Blogger lain pun saya tak copkan Cuma saya flash back balik kata-kata Tok Guru tentang blog yang pembawa fitnah. Jadi gelaran itu saya guna pakailah. Tapi tuan jangan perasan pulak yang saya tuju kat tuan.

Satu lagi tuduhan tuan yang tidak berasas terhadap saya. Saya tidak pernah cakap blog tuan ‘cikai’. Jangan tokok tambah pulak.

Cuba jelaskan, baris mana artikel saya yang menyatakan blog anda blog cikai? Tuan kena jujurlah.

Ini tulisan saya, “khusus buat alhusseyn, apakah tuan mendapat maklumat yang tepat berkenaan satu artikel tuan tidak lama dahulu di blog tuan?

Maksud saya di tajuk artikel tuan; Beginikah sikap seorang Presiden?(baca di sini) Apakah hanya sekadar mengambil maklumat daripada blog ke blog kemudian copy+paste ? betul ke tuan dapat maklumat sahih?Buktikan.”

Tak nampak ke tanda soal yang saya tulis tu. Bermakna saya bertanya kesahihahnya. Kemudian saya lapik lagi dengan kata-kata, “betul ke tuan dapat maklumat sahih. Jika betul saya mintak bukt”i. Itu je.

Tiada satu patah pun ayat yang saya kata blog tuan ‘gampang’. Itu hanya andaian tuan sendiri. Jangan putar belit lah. Itu tak jujur.

Tinggi betul imaginasi tuan hinggakan boleh menganggap saya kata blog tuan ‘gampang’. Patutlah tuan suka menulis secara sindir menyindir hingga saya pun tak boleh faham tulisan tuan. Saya tak tuduh, tapi tuan sendiri yang nyatakan.

Komen kesepuluh

Alhusseyn: “Saya sendiri telah pergi ke KL dan mendapatkan maklumat tentang kehadirn Presiden tersebut. Aku perlu melaporkan kepada ko kah siapa sumber aku itu? Engkau kasi aku gaji kah? Ha! ha!”

WarkahDaily: Ok dah cukup sepuluh komen saya. Ini yang terakhir buat alhusseyn. Lepas ni, sudah-sudahlah jika nak emosi. Ini layanan saya yang last buat alhusseyn. Tapi bersyarat (jika tuan tidak lagi menyerang WarkahDaily).

Pasal komen atas tu, saya hanya mahu kata, rajin betul alhusseyn pi KL, semata-mata nak cari bukti Presiden PAS bersalah dan tidak tepat janji ke? (ada tanda soal tu, nanti tak nampak pulak).

Jauh jugak sumber tuan ya. Mengikut firasat saya, mungkinlah, tidak kurang hebat sumber yang tuan dapatkan tu.

Tapi saya menuntut keadilan dari tuan bagi pihak pemimpin saya, tuan dah dapat maklumat tentang kehadiran Presiden dari sumber yang tuan sembunyikan, tapi adakah tuan sudah bertanya (pengesahan) kepada tuan punya badan yang dituduh sebelum menuduh seperti sumber yang tuan dapat?

Mahkamah nak jatuhkan hukuman pun, yang tertuduh diberi hak untuk membela dirinya. Tapi tuan bagi hak tak kepada Presiden untuk membela diri beliau? Adilkah itu? Tuan hanya mendapat sumber di sebelah pihak sahaja. Tapi satu pihak lagi tuan tidak endahkan. Kalau tuan cakna, tuan akan terima keterangan daripada ‘peguambela’ tertuduh, Ust Misbah.

Hebat sangat ke ‘sumber’ tuan tu sampai tuan terus percaya kepada ‘sumber’ itu dan menidakkan keadilan bagi pihak Presiden.

Pasal sumber tuan tu, saya biarkan atas kehendak tuan tu. Malas nak komen pasal tu sebab nampak kebudakan sangat. Tak pasal-pasal kait dengan ‘upah mengupah’. Abaikan sahaja. Takdak duit sangat ke?

Oklah, seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang terkait dengan komentar saya kali ini secara langsung atau tidak langsung. Jamaah mengajar saya cara beradab dengan sesiapa sahaja dalam percakapan, pertuturan, penulisan dan muamalah lain walaupun ianya tidak sehaluan dengan kita. Itu sebabnya saya tertarik dengan perjuangan jamaah yang saya dokongi ini.
Dikuasakan oleh Blogger.