WarkahDaily jawab ALHUSSEYN - Part 1
Puncanya bermula di sini.
Salah sangkaan saya rupa-rupanya, artikel saya tu ingat ke ‘sejuk’, rupa-rupanya ‘panas’. Tapi oklah, inilah ‘risiko’ nak jadi blogger. Saya terima semua apa yang alhussyen ‘bantai’ saya, tapi saya juga ingin ‘berhujah’ dengan serangan itu.
Kadang-kadang yang tak syok bagi saya, kenapa perlu beliau beremosi dengan artikel saya. Artikel terdahulu saya tidak pula saya menyentuh tentang blognya pun. Sedikit pun tidak sentuh, tapi kenapa dia komen artikel saya yang terdahulu tu? Ada terasa ke? Bagi saya, ianya secara umum. Jadi kenapa dia pulak nak marah sangat dengan saya.
Bila saya jawab balik tuduhan dia kat saya, dia lagi marah. Padahal menjadi tanggungjawab saya membela WarkahDaily.
Sebelum saya titikkan lagi komentar saya yang seterusnya, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat sape-sape yang sudi meng ‘up’ kan artikel saya yang tak seberapa itu.
Komen pertama
Blog alhusseyn: “Perasaan ingin tahu apa sebenarnya menerpa kepala, lalu saya klik Tranungkite Ah! rupa-rupanya artikel WD. Sebelum ini saya dah baca menerusi blognya lewat link dalam ruang komen saya. Mujur Zainulfaqar maklumkan kepada saya.Kalau tidak naik tokcang penulis ini!”
Komen WarkahDaily: Kenapa saya nak naik toncang? Saya tidak merasa apa-apa keperluan pun mahu naik toncang (naik kepala).
Tapi yang saya bangga, WarkahDaily telah mendapat perhatian wartawan hebat dari Harakahdaily. Yang lain tiada apa-apa yang perlu dibanggakan melainkan ianya adalah ‘buah fikiran’ saya sebagai pendokong jamaah.
Saya cuma ‘back link’kan artikel saya di laman yang dikira mantop (hebat) tanahair, Tranungkite.net kerana saya menganggap ianya adalah sebagai sebuah medium penyampaian berkesan. Buat apa tulis artikel jika tiada pembaca. Apalah sangat blog WarkahDaily ini. Bukannya ramai sangat pun yang hinggap sini. Jadi saya ambil peluang di Tranungkite. Terima kasih Tranungkite kerana membenar dan meluluskan artikel saya.
Komen kedua
alhusseyn: “Saya telah padamkan link tersebut kerana saya tidak suka cara mudah begitu untuk ‘hitch-hike’ pengunjung saya ke blognya. Dan nampaknya beliau tidak berpuas hati dan hantar komen lagi bertanyakan apa sebabnya…geli hati tengok telatah orang macam ini.Saya sudah pun nyatakan sebabnya.Ko punya pasal kalau masih tidak berpuas hati.Sepatutnya saya tidak perlu layan sebagaimana kata Zainulfaqar tadi tu.”
WarkahDaily: Ok, saya faham akan pendirian alhusseyn. Memang sesetengah blogger tidak suka blog lain ‘mencuri pengunjung’ dari blognya. Perkara biasalah tu. Dan memang saya ada hantar komen kat blog beliau bertanya pasal kenapa edit (alih terbitkan) komen saya dan buang link yang saya bagi. Ok, alhusseyn dah jawab kenapa beliau berbuat demikian. Ok, saya terima. Sorry tuan.
Walaupun bagi alhusseyn ianya nampak lawak dan geli hati, tapi bagi saya tidak, kerana ianya boleh menyebabkan maksud komentar saya tidak tercapai. Niat saya hanya untuk menarik perhatian tuan sahaja kerana saya jawab apa yang tuan pertikaikan tentang artikel saya sebelum ini, bukan sengaja untuk ‘mencuri’ pengunjung blog tuan yang ramai tu. Maaf sekali lagi sebab tak terjangka berlaku demikian.
Komen ketiga
Alhusseyn: “Saya ingin mengulas sedikit bebelan Warkah Daily (WD) yang antara lainnya berkata :
"Saya suka dengan ungkapan sdr. alhusseyn (baca di sini), “Dalam hal ini , saya terpaksa akur sebagaimana nasihat sahabat saya Misbahul Munir tempohari yang menyuruh blogger supaya KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM”.
Itulah, ko tak faham bahasa berlapik - bahasa tersirat. Sebenarnya kata-kata itu merupakan sindiran saya kepada mereka yang berkenaan supaya mendepani isu tersebut kerana mereka ini pernah menyatakan ‘ tahu orang ini dan orang itu’ dan pernah menempelak dengan kata-kata ‘KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM’”.
WarkahDaily: Bagi saya, dalam penulisan yang jujur tidak perlu sindir menyindir, sebab ianya boleh menimbulkan salah faham.
Pembaca mungkin boleh tertipu dan terkeliru dengan keihklasan dan kejujuran kita sebagai penulis. Penulisan sangat berbeza dengan pengucapan. Pengucapan hanya perlu nada suara, tapi penulisan perlu kepada tanda baca.
Itulah, lain kali jangan guna bahasa berlapik. Awal-awal lagi, kami dalam WarkahDaily telah cakap, kami orang baru. (orang baru..mana mudah nak faham cakap orang berpengalaman cam tuan).
Cakap berlapik itu, jangan sebarangan cakap berlapik tuan alhusseyn. Dengan siapa tuan sindir tu? Kenapa harus sindir dia pulak. Salah ke cakap dia? Bagi saya, 100% saya sokong kata-kata Ust Misbah.
Di sana, bagi WarkahDaily, kita tidak beramanah dalam memberi komentar kita yang berkaitan dengan pimpinan tidak kira pusat atau negeri jika kita hanya sindir sana sini semata-mata mahu memutar belit fakta.
‘Beradab’ betul alhusseyn dengan kepimpinan. Main sindir-sindir pulak. Saya mana tahu dia sindir ke tak, sebab saya anggap dia beramanah dalam penyampaian, itu sebabnya saya bulat-bulat terima apa yang dia tulis. Sebab tanda baca sindir beliau pun tidak kelihatan. Contoh, ada tanda kurungan ke atau koma pengikat kata ke. Penulisan ni bukan kita boleh main redah je nak tulis apa benda pun tanpa beri perhatian pada tanda bacaan. Nanti boleh timbul pelbagai persepsi. Lain lah kalu ucapan, mudah nak ungkapkan sindir atau realiti. Yang penting, jangan diajar sindir menyindir pemimpin sendiri.
Komen keempat
Alhusseyn: “Maka seharusnya, Pemuda Pusat atau Penerangan atau PAS Kelantan sendiri mengambil langkah sewajarnya. Bagi saya, saya tidak ada apa-apa maklumat untuk menangkis dakwaan Syed Azidi tersebut.
Fakta mesti dijawab dengan fakta; bukan sekadar dengan buat kenyataan penafian dengan kata-kata “Saya nafikan dengan sekeras-kerasnya , bahawa itu semua adalah fitnah semata-mata dan orang yang buat fitnah hukumnya adalah masuk neraka….. " macam itu boleh ker?”
Saya tak larat nak komen tulisan WD yang meleret-leret. Saya lebih fokuskan komennya kepada entri saya yang berkaitan”.
WarkahDaily: Betul kata alhusseyn, saya sokong. Dan saya pun ada kata seperti yang dia kata sebelum ini. Sebab asal artikel saya, tiada kaitan pun dengan dia, tapi dia mengada main terjah saya dulu.
Artikel terdahulu, pertama saya minta orang yang ada kaitan, tolong beri penjelasan tentang isu yang didakwa Kickdefella.
Kemudian yang kedua, saya pinta blogger yang selalu mengiya kata-kata TGNA sebelum ini. Bukan ke TGNA pun dah keluar kenyataan akan pembohongan Kickdefella. Jadi saya minta blogger tu ‘bersungguh-sungguh’ sikit untuk menyokong kenyataan TGNA tu. Bukan dalam perkara tertentu sahaja berada di belakang TGNA tapi senyap sunyi dalam isu ini. Seolah-olah TGNA bersendirian.
Kalau alhusseyn rasa dia penyokong TGNA, janganlah pulak terasa sangat dengan artikel saya tu sebab saya pun penyokong TGNA.
Ketika menulis artikel lepas, tiada terfikir langsung akan alhusseyn. Bahkan, tiada niat untuk memperkecilkan alhusseyn tu. Semua tu tiada dalam kotak fikiran saya.
Kenapa tuan terasa sangat jika tuan tidak terlibat. Saya tak hala pada tuan pun. Jangan perasan. Tapi bila tuan dah sentuh WarkahDaily, saya terpaksa, bukan sengaja tapi terpaksa sebab dipaksa oleh tuan.
Komen kelima
Alhusseyn: “Kenapa WD marah kepada bloggers yang mendiamkan diri terhadap serangan Syed Azidi keatas TGNA kebelakangan ini?
Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak cukup maklumat. Mungkin juga blogger-blogger yang lain juga demikian.
Apa jadi dengan Bloggers PAS? Dimana peranan Penerangan PAS? Kenapa tidak dipanggil bloggers PAS dan berikan feedback yang diperlukan? Kau faham tak duduk perkaranya?”
WarkahDaily: Bukan marahlah, tapi persoalkan sahaja. Kalau marah, saya dah hentam, maki hamun dan kutuk-mengutuk blogger celaka seperti blogger celaka kutuk pemimpin jamaah saya.
Saya tak faham duduk perkara sebenar ke atau tuan tak faham artikel saya?
Komen keenam
Alhusseyn: “Isu ‘Fraksi Umno’ – Ust Ahmad Awang sendiri telah mengesahkannya.Ko nak nafikan ko punya pasal. Apa ‘point balas’ yang ko nak aku layan Kickdefella itu? Ko ingat kita orang tulis ikut suka-suka sahaja? Kickdefella ada strateji.Dia akan keluarkan satu persatu segala maklumat yang telah lama dikumpulkannya.”
WarkahDaily: Apa hal nak marah-marah pulak ni, come on sir, kita kena professional lah. Buang emosi dulu baru boleh berhujah dengan waras.
Saya tak mahu pun nafi apa yang tuan alhusseyn kata, Ust Ahmad Awang sendiri yang mengesahkan perkara itu, tapi saya mahu tanya balik tuan, apa yang Ust Ahmad Awang sahkan itu? Dia ada cakap ke si anu dan si anu telah berpakat nak masuk Umno?
Tolong buat pencerahan jika Ust Ahmad Awang telah memberitahu ‘face to face’ dengan tuan pasal isu tu supaya ianya tidak terus menjadi tanda tanya audien siapakah yang dimaksudkan Ust Ahmad Awang.
Kenapa perlu tuduh si anu dan si anu nak bawa PAS masuk Umno?Ada Ust Ahmad Awang cakap ke nama-nama mereka ini? Atau hanya ada beberapa blogger yang sengaja mencipta nama-nama itu dengan membuat andaian.
Tuan cakap Kickdefella ada strategi? Tahu pulak tuan pasal strategi dia?
Kickdefella keluarkan satu persatu segala ‘maklumat’ yang telah lama dikumpulkannya? Maklumat? Maklumat atau tuduhan? Kalau maklumat, bermakna betullah tuduhan Kickdefella seperti yang tuan kata maklumat tu? Tolong jelaskan. Sebab bagi saya, maklumat dengan tuduhan memberi maksud yang berlainan.
Saya harap tuan jangan melenting dengan artikel saya jika tuan merasakan tuan tidak termasuk dalam blogger yang saya maksudkan tadi sebab saya tidak ada hati nak kaitkan dengan tuan. Tapi tuanlah yang memaksa saya untuk menghujahkan tuan.
Sekarang orang kata, sebab artikel saya ni, tembelang tuan dah pecah (tuan seangkatan dengan blogger yang saya maksudkan tadi). Sebabnya tuan sendiri yang membongkarkannya. Bukan salah saya.
Post a Comment