Header Ads

Saya tidak wajar mendapat tempat dalam skuad Brazil - Ronaldo

SAO PAULO: Penyerang veteran, Ronaldo (kiri), pemegang rekod penjaring terbanyak pusingan akhir Piala Dunia dengan 15 gol, kelmarin akui beliau tidak mungkin mendapat peluang kembali ke pangkuan pasukan nasional.

Ronaldo, kini 33 tahun dan bermain dengan kelab Corinthians di Sao Paulo, telah tidak mewakili Brazil sejak kekalahan di tangan Perancis di peringkat suku akhir Piala Dunia 2006, yang merupakan penampilannya ke-97 dengan menjaringkan 62 gol.

"Memandangkan saya hanya bermain dalam beberapa permainan sahaja musim ini, saya fikir saya tidak wajar mendapat tempat dalam skuad Brazil", ujar Ronaldo

"Tetapi saya masih bersedia jika menerima panggilan jurulatih (Dunga), apatah lagi untuk negara", tambah Ronaldo yang menyatakan rancangannya untuk bersara pada akhir tahun depan. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.