Badminton terbuka China: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal mara ke semifinal
Kegagalan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memberikan aksi konsisten menjadi punca penyingkiran mereka dalam semifinal Terbuka China.Pilihan kedua itu memperbaiki permainan mereka dalam set kedua, namun belum cukup untuk menghalang kemaraan pasangan Korea, Sung-hyun-Yoo Yeon-seong dengan keputusan 21-17, 18-21, 21-16 dalam tempoh 56 minit.
Namun cabaran Malaysia belum berakhir apabila masih mempunyai wakil menerusi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Pasangan campuran muda itu berjaya menarik perhatian di Shanghai dengan kemenangan ke atas pilihan dan pasangan nombor tiga dunia dari Thailand, Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam 21-16, 21-18.
Peng Soon-Liu Ying memberi aksi mantap untuk berada kalangan empat terbaik dan akan menyaksikan pilihan kelima, Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China.
Pertemuan tunggal mereka pada Mac lalu di All England, pasangan China itu mengalahkan Malaysia pada pusingan pertama untuk merangkul gelaran beregu campuran All England. -D5 Sports
Post a Comment