Header Ads

Pemuda PAS Kelantan cabar Kickdefella lapor SPRM

Seorang penulis blog yang mendedahkan dokumen melalui blognya kononnya wujud penyelewengan dalam pengurusan parti dan kerajaan dicabar membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika yakin ada bukti kukuh.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari memberi respons tersebut terhadap beberapa siri tulisan salah seorang blogger sejak kebelakangan ini.

“Saya mencabar beliau jika beliau yakin terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Dato Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar.

“Menteri Besar seringkali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat jika terdapat mana-mana anggota pentadbiran yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama blogger tersebut.

Difahamkan blogger tersebut adalah Kickdefella yang baru-baru ini mendedahkan penyelewengan kerajaan negeri berhubung urusan pelaksanaan projek pembalakan.

Ahmad Fadhli menyifatkan blogger berkenaan sebagai ‘seorang yang kecewa’ kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan.

Beliau merujuk dakwaan terkini blogger berkenaan yang kononnya telah banyak membantu kerajaan PAS dalam pilihan raya.

“Beliau (blogger berkenaan) membuat pengakuan kononnya banyak membantu PAS dalam pilihan raya tetapi pengakuan tersebut langsung tidak disertakan dengan bukti dan fakta yang jelas.

Sinar Harian menyiarkan dakwaan blogger berkenaan mengenai perkara tersebut semalam.

“Saya penuh meyakini bahawa dakwaannya yang banyak membantu kempen PAS di Kelantan adalah merupakan satu pembohongan semata-mata.

“Hakikatnya, beliau lah yang mencari makan dengan kerajaan PAS selama ini.

“Kemungkinan apa yang beliau lakukan hanyalah semata-mata untuk memperagakan kebolehan di dalam mecari maklumat agar dibeli dengan harga yang mahal oleh pihak yang lain” ujarnya. -Malaysian Insider

WarkahDaily - Sudah lumrah alam, bila dipecat oleh bos, maka kita yang dipecat akan memberontak tak tentu pasal. Dengan kata lain, kita tidak akan berpuas hati dengan tindakan bos itu.

Namun, jika kita ngerti, rezeki kita adalah pemberian Allah, maka secara tidak sengaja, segala apa yang terpaksa kita lalui pasti kita akan diterima seadanya. Iaitu redha.

Tetapi, ada juga manusia yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Bahkan lebih teruk lagi dengan 'menyerang' bekas tuannya semata-mata tidak berpuas hati. Jika tidak berpuas hati sekadar hanya meminta penjelasan kenapa dan mengapa dipecat, tidak terharu sangat, tapi jika sudah sampai ke tahap 'melondeh pakaian' bekas tuan, maka berkemungkinan ianya boleh dikira sebagai membalas dendam.

Namun, semuanya adalah ketentuan Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik masalah berkaitan.

Kepada Kickdefella, sahutlah cabaran Pemuda PAS kelantan jika anda ada bukti kukuh. Jangan hanya berani di blog semata-mata.

Dikuasakan oleh Blogger.