Header Ads

Apakah nasib keselamatan negara di bawah Barisan Nasional

Bila dengar berita ni, teringatlah pulak dengan budak-budak yang main pondok-pondok. Tapi cerita ini lain pula jadinya. Ianya bukan lagi kanak-kanak yang sedang main pondok-pondok, bahkan seorang remaja yang mendakwa dirinya anak angkat Tengku Mahkota Pahang.

WarkahDaily bukannya ingin membicarakan perihal remaja berkenaan (apa motif remaja itu) tetapi bagaimana ianya boleh berlaku. Perkara ini mungkin boleh dijadikan bahan jenaka sebahagian pihak tetapi ianya melibatkan keselamatan dan imej institusi raja itu sendiri. Di samping telah memberi satu gambaran buruk, betapa mudahnya 'kita' ditipu oleh seorang budak berumur 17 tahun.

Zaman sekarang bukan lagi seperti zaman purba, bukan lagi zaman penjajahan jepun, tapi sekarang sudah masuk ke alaf baru. Segala kemudahan komunikasi dan maklumat serba canggih.

Bahkan, nak akses sesuatu maklumat pun mudah dengan hanya dihujung jari. Apa susah sangat nak buat benda tu semua sehingga begitu mudah ditipu oleh seorang budak yang hanya berumur 17 tahun.

Di manakah tahap mentaliti kita, apakah melakukan sesuatu itu hanya sekadar melepas batuk di tangga? Di sana kita boleh nampak akan kebersungguhan kita menyelesaikan sesuatu.

Jumaat lepas (9 April), seorang remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Bera, Pahang ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, Pahang ekoran aduan daripada Istana Pahang mengenai kes penyamaran.

Remaja itu yang kini ditahan reman, menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang', telah pun memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil.

Dalam pada itu, Tengku Puan Pahang (gambar) melahirkan rasa kecewa dengan kecuaian pihak keselamatan sehingga remaja tersebut boleh memperdayakan Exco Kerajaan Pahang dan ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk masuk ke Kem Program latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Kejadian itu tidak akan berlaku jika pihak diperdaya bersikap lebih prihatin dan peka dengan membuat pemeriksaan terlebih dulu, sebelum mempercayai surat menggunakan logo palsu istana.

"Istana membuat laporan polis bagi mengelak remaja itu memperdaya pihak lain pula hingga membabitkan wang," kata beliau kepada media.

Tengku Puan Pahang juga merasa hairan kenapa exco pahang boleh tertipu dengan penyamaran itu.

"Saya pun hairan bagaimana exco Pahang juga boleh tertipu sedangkan beliau kenal semua anak angkat saya", tambah Tengku Puan Pahang.

Sekarang telah terbukti akan kelemahan sesetengah pihak termasuk kerajaan dan PLKN yang boleh menyebabkan keselamatan dan imej istana boleh tercalar.

Ini menampakkan, begitu senangnya orang yang bertaraf exco dan semua urusetia PLKN termasuk pengurusannya ditipu oleh seorang budak belasan tahun. Kejadian itu telah membuka mata banyak pihak akan tahap mentaliti seorang yang bertaraf profesional dan juga dari kalangan orang kuat kerajaan. Bukan calang-calang orang. Tapi begitu lemah dengan seorang budak yang baru sahaja tamat SPM.

WarkahDaily ingin mengajak pembaca berfikir, bagaimana jika ianya melibatkan perkara-perkara yang lebih besar lagi seperti yang menjadi buah mulut masyarakat sekarang ini, kemasukan ejen Yahudi (APCO) dalam pentadbiran negara dan pasukan keselamatan.

Kerajaan sekarang ini (Barisan Nasional) dilihat acuh tak acuh dalam soal keselamatan negara. Bagi mereka, asalkan 'perut kenyang', poket penuh, dah cukup berbaloi mereka jadi kerajaan.

Dalam satu laman pro Umno, ada menyebut perkara penyamaran remaja ini. Bahkan menunjukkan kemarahan laman itu dengan mempertikai tahap kecerdikan seorang exco Pahang yang terperdaya itu.

Bukan sahaja pembangkang, malahan ada sebahagian orang Umno pun tidak senang dengan perkara itu. Ini menunjukkan perkara itu bukan sekadar bahan jenaka.

Laman pro Umno itu juga membuat andaian jika penipuan sedemikian juga boleh berlaku dalam pengurusan projek termasuk agihan kawasan balak.

"Saya percaya ada individu-individu tertentu yang menyamar menemui beberapa ecxo kerajaan negeri bahkan MB sendiri untuk mendapatkan sesuatu projek dengan menyatakan mereka adalah orang rapat dengan orang itu dan orang ini", kata laman itu.

"Sikap mudah percaya dan malas menyiasat membuatkan mereka mengambil pertimbangan yang salah.

"Kemungkinan untuk mendapatkan sesuatu kawasan pembalakan seseorang akan menyamar sebagai sesiapa atau menyemar sebagai keluarga atau orang rapat seseorang, bahkan datang dengan surat sokongan yang disamarkan juga", tegas laman itu lagi.

"Kerana sikap tidak hati-hati maka banyaklah balak, tanah, bijih, kuari dan sebagainya terlepas ketangan orang-orang tertentu.

"Kita golongan marhaen rakyat negeri Pahang akan tetap tinggal dalam kemiskinan dan kedhaifan selama-lamanya.

"Pemimpin mempertaruhkan kehidupan kita dan anak cucu kita, namun kita yang menanggung segala beban dan risikonya", ujar laman pro Umno.

Itulah pemimpin agung kamu yang kamu undi mereka. Sekarang siapa yang salah?

Lain kali, berfikir dahulu, siapakah yang layak diberi undi untuk memerintah sesebuah kerajaan. Jangan main hentam kromo sekadar dapat upah seratus, dua ratus ringgit.
Dikuasakan oleh Blogger.