Header Ads

TG Nik Aziz kini dirawat di HUSM kerana mengadu sakit dada

Setiausaha Akhbar MB Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari memberitahu Tok Guru kini sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang.

Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebelum ditempatkan di wad orang kenamaan HUSM, Tok Guru dibawa ke HUSM kerana untuk menjalani pemeriksaan biasa di bahagian Klinik Jantung.

"Mulanya Menteri Besar dibawa ke HUSM hanya untuk membuat pemeriksaan biasa di bahagian Klinik Jantung hospital itu, namun beliau mengadu sakit dada dan doktor merawatnya terus mengarahkan supaya dimasukkan ke wad orang kenamaan.

"Beliau dimasukkan ke wad berkenaan untuk berehat selain membolehkan doktor membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesihatannya.

"Sehingga tengah hari tadi, keadaan Nik Aziz dilaporkan stabil dan doktor menasihatkannya supaya berehat di wad berkenaan untuk beberapa hari," kata Setiausaha Akhbar Tok Guru.
Dikuasakan oleh Blogger.