Header Ads

BN buang masa dengan penstrukturan subsidi minyak selepas ianya dibatalkan

Pinjam cakap orang Umno Terengganu, 'Kluk-Klek' (tiada pendirian). Itulah istilah yang mudah 'dihumbang' ke muka pemimpin-pemimpin Umno-BN. Apa tidaknya, Sekejap kata A, sekejap kata B, sekejap kata C. Pusing punya pusing, D jugak jadi pilihan.

Korang ingat jadi pemimpin kerajaan Malaysia macam jadi raja negeri pasir dua butir ke? Korang nak buat keputusan ikut suka korang aje ye. Pastu korang nak ubah pulak ikut suka korang pulak. Masalahnya, kenapa tak sempat nak jadi dah ubah pulak plan lain. Hancur Malaysia mempunyai pemimpin sebegini. Tiada pendirian.

Membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi minyak selepas mendengar pandangan pelbagai pihak. Habis sebelum ini kenapa tak mahu dengar dulu pandangan orang lain. Main tibai je. Korang nak buat sesuatu tak mesyuarat ke atau tak buat kajian dulu ke?

Hari tu bukan main kata kena buat penstrukturan semula subsidi minyak sebab kerajaan tak mampu tanggung subsidi kerana harga minyak global melambung naik. Tapi sekarang beralasan kerana menerima pandangan semua pihak. Korang nak buat penstrukturan subsidi minyak tu pun korang mesyuarat, kemudian korang dapat elaun perjalanan mesyuarat, pastu korang peruntukkan wang untuk proses laksana penstrukturan subsidi minyak. Berapa banyak dah korang belanja duit rakyat dengan sembrono aje tu?

Laporan bernama, kerajaan hari ini membatalkan pelaksanaan penstrukturan subsidi minyak selepas mendengar pandangan pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu kerajaan mewujudkan Makmal Rasionalisasi Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik untuk penyaluran subsidi termasuk bahan petroleum, makanan dan infrastruktur.

Datuk Seri Ismail Sabri ketika mengumumkan perkara berkenaan, berkata dengan itu sistem subsidi petrol yang ada akan dikekalkan.

Katanya makmal perasionalan subsidi yang telah diwujudkan akan mengkaji semula semua bentuk subsidi di negara ini termasuk petrol dan bahan api.

Beliau berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan cadangan sistem pengurusan subsidi minyak selepas menimbangkan semua maklum balas daripada orang ramai.

"Walaupun tidak baik untuk ekonomi negara, tapi bila dengar pandangan dan kebimbangan dari rakyat, kerajaan prihatin dan mengutamakan rakyat.

"Kerajaan tidak mahu buat satu pelaksanaan yang tidak disokong oleh rakyat kerana kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Katanya, kerajaan akan menggunakan hasil kajian yang dijalankan oleh Makmal Perasionalan Subsidi itu sebagai asas untuk menentukan subsidi pada masa depan.

Sebelum ini, kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem harga berperingkat bagi petrol pada 1 Mei serentak dengan pemansuhan pemberian subsidi petrol kepada warga asing.

Antara mekanisme itu ialah mengehadkan jumlah pembelian petrol kepada setiap pengguna yang layak dan pemberian subsidi petrol mengikut jenis kenderaan.

Ia termasuk menggunakan kad pengenalan MyKad untuk menentukan golongan yang layak menerima subsidi itu memandangkan ketika ini hanya MyKad mempunyai kapasiti untuk menentukan status warganegara seseorang.

Harga RON 95 bersubsidi sekarang ialah RM1.80 setiap liter dan RM2.05 setiap liter bagi RON 97, manakala diesel dijual pada harga RM1.70 setiap liter.

Ismail Sabri berkata pada 2009, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM3.4 bilion bagi petrol dan RM1.9 bilion bagi diesel.

"Sehingga hari ini, kerajaan menanggung 30 sen subsidi untuk setiap liter dan juga lebih.

"Bagi Februari 2010, kadar subsidi yang ditanggung kerajaan ialah 39 sen setiap liter bagi RON 95, 16.56 sen setiap liter RON 97 dan 32.12 sen setiap liter bagi diesel," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.