Header Ads

Rangkuman berita sukan hari ini

Sukan Tempatan

LTdL: Pelumba pasukan Porsche Stuart Shaw menjuarai peringkat terakhir perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dari Kuala Kubu Baru ke Dataran Merdeka sejauh 133.7 kilometer hari ini.

Pelumba pasukan Isd-Neri, Jose Rujano Guillen, pula muncul sebagai juara individu keseluruhan (jersi kuning).

Anuar Manan yang mewakili pasukan Geumsan Asia pula menjadi pelumba tempatan pertama memenangi jersi hijau (Raja Pecut) dalam sejarah LTdL yang dianjurkan sejak 1996. -Bernama.


Bola Sepak: Saingan TM Liga Super, Selangor terus unggul di gelanggang sendiri apabila mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di Stadium Shah Alam dengan membaham bekas juara, Kedah 4-0 buat mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super, malam tadi.

Terengganu kekal di tangga kedua apabila menang 1-0 ke atas KL Plus di tempat lawan dengan Johor FC memintas Kedah di tangga ketiga selepas meraih kejayaan 2-1 ke atas Pahang.

Kelantan bangkit daripada kecewa tersingkir daripada Piala FA apabila menang 1-0 ke atas T-Team. Negeri Sembilan meraih kemenangan 3-2 ke atas Perlis manakala di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang terikat 1-1 dengan Perak. -BHarian.



Sukan Luar Negara

Bola Sepak: Saingan EPL, Arsenal mula membuat Chelsea gelisah selepas menewaskan Burnley 3-1, malam tadi untuk menyamakan kedudukan mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu. Dalam perlawanan lain, Bolton Wanderers menewaskan West Ham 2-1 -BHarian.


Bola Sepak: Saingan Liga Sepanyol, Rafael van der Vaart menjaringkan gol dalam masa kecederaan ketika Real Madrid bangkit untuk menewaskan Sevilla 3-2 dan mengganti Barcelona di puncak La Liga selepas juara bertahan itu diikat 2-2 di Almeria.

Deportivo Coruna naik ke tangga kelima dengan 41 mata selepas bangkit untuk mengalahkan Tenerife 3-1 -Reuters.


Skuasy: PEMAIN nombor satu wanita dunia, Nicol David dan perseorangan lelaki negara, Ong Beng Hee menjadikannya hari yang gemilang buat Malaysia apabila masing-masing mara ke final kejohanan skuasy Terbuka Chennai, India, malam tadi. -BHarian.


Badminton: HAFIZ Hashim dan pemain veteran, Wong Choong Hann gagal meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Jerman apabila tunduk kepada lawan masing-masing dari China pada saingan separuh akhir, semalam.

Hafiz, pilihan kelapan kejohanan tewas kepada pemain muda China, Chen Long 15-21, 19-21 dalam tempoh 37 minit.

Choong Hann pula turut gagal dalam usahanya mara ke final apabila terpaksa akur kepada kehebatan kepada pilihan pertama, Bao Chunlai 18-21, 13-21 dalam 39 minit. -BHarian.
Dikuasakan oleh Blogger.