Header Ads

MCA campur tangan dalam hal ehwal orang Islam?

Dengan berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang penuh dengan kontroversi yang berhadapan dengan boikot dari kalangan bekas pemimpin yang meletak jawatan.

Beberapa resolusi telah dipersetujui perwakilan antaranya meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

Desakan itu dilihat seolah-olah MCA cuba mencampuri urusan orang Islam. Bagi WarkahDaily, mungkin ianya berkaitan beberapa peristiwa yang berlaku sedikit masa dulu yang berkaitan hukuman sebat terhadap pesalah-pesalah wanita yang meminum arak dan berkelakuan kurang sopan.

Bagi WarkahDaily, MCA tidak seharusnya mencampuri urusan orang Islam kerana dalam Islam ada perbicaraan tersendiri yang sudah termaktub walaupun Warkahdaily tidak menafikan bahawa hukuman yang dikenakan itu tidak mengikut syariat yang sebenarnya seperti hukuman pesalah berzina dan minum arak.

Seharusnya, MCA perlulah membincangkan perihal kemelut yang berlaku dalam parti itu berhubungan perebutan jawatan tertinggi parti.

Dalam Islam, menghukum bukan bermakna menindas tetapi mendidik seseorang agar tidak mengulangi dan menjauhi perbuatan mungkar yang boleh melalaikan. Selepas lahirnya Islam ketika masyarakat dunia dalam keadaan menindas wanita, maka golongan wanita terselamat.

Sebelum lahirnya nabi Muhammad SAW, tamadun manusia berada dalam kegawatan moral dan akhlak yang teruk. Wanita dijadikan alat pemuas nafsu, dijadikan pertaruhan dalam perjudian, ada juga yang membakar golongan isteri yang kematian suami bersama-sama, dan yang lebih parah, membenci kelahiran anak-anak perempuan dengan membunuh anak perempuan dengan sewenang-wenangnya.

Apabila lahir nabi Muhammad SAW, maka dunia mula kembali normal, kaum wanita dibela. Golongan lemah ini tidak lagi ditindas.

Hukuman yang dikenakan bukannya sewenang-wenangnya bahkan memberi pengajaran berguna agar diri mereka tidak rosak dengan budaya-budaya maksiat.

Perkembangan semasa sekarang, kejadian rogol, buang anak, hubungan seks sebelum kahwin, bersosial yang melampau, minum arak dan sebagainya menjadi perkara biasa dan tidak terkawal. Jadi dalam Islam, ada caranya. Islam mengajar umatnya secara pencegahan bukannya mengubat selepas terkena.

Mencegah lebih baik daripada mengubat (merawat). Jadi caranya, cegah masyarakat daripada melakukan kesalahan itu dengan penguatkuasaan hukuman berdasarkan hukum yang diturunkan Allah.
Dikuasakan oleh Blogger.