Header Ads

Permohonan maaf MP Nibong Tebal

Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng meminta maaf kepada Parti Keadilan Rakyat ekoran kenyataannya terhadap Timbalan Presiden Syed Husin Ali.

Tan berkata beliau benar-benar meminta maaf kerana menyerang pemimpin kanan PKR secara terbuka melalui media.

"Saya berharap dari saat ini kita sama-sama dapat maju kehadapan sebagai satu keluarga," kata Tan kepada media selepas dipanggil ke jawatankuasa displin parti hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas pertikaiannya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - TVS

WDO - Eloklah tu. Jangan buang masa bergaduh sesama sendiri. Berikan tumpuan untuk menjatuhkan BN dalam PRU 13. Kebobrokan BN sudah sampai kemuncaknya.

Macam-macam dah penindasan BN terhadap rakyat dilakukan. Naik harga minyak, barang, ikan, bakal naikkan tarif elektirik dan catu peruntukan pendidikan semata-mata support projek bini.

Ayuh kita sama-saam berganding bahu berkerjasama bukan bercerai berai.

Dikuasakan oleh Blogger.