Penahanan eksekutif telco: Apakah ada kaitan dengan SMS iklan video porno melalui handphone?
KUALA LUMPUR: Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomuniksi terbongkar tengah malam tadi apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
(Foto hiasan: penyebaran video lucah secara berleluasa menjadi penyumbang kerosakan moral masyarakat muda-mudi masa kini)
Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan, suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.
Pegawai itu berkata setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta.
Suspek ditahan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lalu.
Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan.
Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.
Syarikat telekomuniksi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. - Bernama
WDO - Harapkan pagar, pagar makan padi. Eksekutif sendiri yang terlibat dalam penjualan klip video lucah melalui SMS. Selama ini pelanggan-pelanggan telepon mudah alih selalu mengeluh dengan kedatangan SMS tidak diundang, promote video lucah secara berleluasa. Apakah ada kaitan dengan penahanan Eksekutif telco berkenaan?
Satu lagi persoalan, dari mana sumber video porno didapati?Apakah rahsia peribadi pelanggan syarikat telekomuniksi itu telah dicerobohi?
Kepada pelanggan telepon mudah alih, jangan semberono membuat video call secara bukan-bukan (bukak sana-sini ketika video call). Mungkin anda sedang diperhatikan. tidak mustahil gambar tidak sepatutnya keluar di khalayak.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).(Foto hiasan: penyebaran video lucah secara berleluasa menjadi penyumbang kerosakan moral masyarakat muda-mudi masa kini)

Post a Comment