Header Ads

Rakyat ingin penjelasan Najib, bukan Mustapa

Oleh: Mohd Zuharman

Di sebalik pertikaian tuntutan royalti minyak Kelantan sebanyak lima peratus, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang beliau mendakwa sebagai hanya membisu.

Husam berkata demikian sebagai reaksinya terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang sejak kebelakangan ini dilihat terlalu aktif mengatur pelbagai program dengan mendakwa Kelantan tiada hak mendapatkan bayaran royalti lima peratus.

“Sepatutnya Perdana Menteri yang bercakap pasal ini, dan kita memang inginkan penjelasan Perdana Menteri sendiri.

“Ambo (saya) minta Datuk Pa tak usah campur hal ini, biar Perdana Menteri sendiri yang bercakap.

“Sebab dia (Mustapa) bukan menteri berkaitan dalam perkara ini. Rakyat semua tahu,” kata beliau dalam ceramah umum dihadiri kira-kira 4,000 penyokong PAS di stadium mini Pasir Mas, dekat sini malam tadi.

Kerajaan negeri membuat tuntutan tersebut awal tahun lalu.

Semalam Husam mengeluarkan penjelasan lapan perkara dengan menekankan Kelantan layak menerima tunggakan bayaran royalti minyak sebanyak RM2 bilion, bukannya RM20 juta yang diumumkan Mustapa baru-baru ini.

Namun isunya menjadi hangat apabila kerajaan persekutuan cuba menafikan tuntutan itu dengan memutuskan hanya untuk membayar wang ihsan.

Mustapa menidakkan hak tersebut semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai tahun lalu dan ketika ceramah perdana balas baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, PAS yang begitu terdesak perlu menerima kenyataan royalti minyak bukan milik negeri seperti digembar-gemburkan selama ini.

Husam menegaskan pihak kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan tersebut walau dengan apa cara termasuk terpaksa bawa isu berkenaan ke mahkamah kelak.

“Kita lakukan semata-mata kerana rakyat. Dan, kita yakin rakyat sentiasa bersama kita dalam memperjuangkan hak ini,” katanya.

Satu taklimat berkaitan dengan isu royalti minyak kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan akan diadakan pada Ahad ini, yang akan disampaikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. “Tun sudah mengesahkan untuk hadir pada majlis itu. Selepas itu kita akan bincang balik apa tindakan seterusnya berhubung perkara ini,” ujarnya. - MalaysianInsider

WDO - Pemuda Umno Pulau Pinang hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bukan dengan Pemuda Pakatan Rakyat. Dengan bongkak dan sombong, mereka bertindak seperti samseng mengoyakkan surat jemputan debat oleh Pemuda Pakatan.

Pasal royalti minyak di Kelantan Pulak, Rakyat Kelantan bukan inginkan penjelasan tong kosong Mustapa Mohamed, tetapi inginkan Najib 1Malaysia bersuara demi motto 1Malaysianya, 'rakyat didahulukan pencapaian diutama'.

Jangan hanya pandai berselindung di sebalik Mustapa Mohamed dan krew-krewnya dari Kelantan. Bersuaralah demi rakyat Kelantan, apakah pendirian kerajaan 1Malaysia.

Kepada Mustapa Mohamed, penjelasan anda tidak dilayan, tetapi rakyat inginkan penjelasan PM Malaysia.
Dikuasakan oleh Blogger.