Dinding Masjid Al-Aqsa retak?
Dalam satu laporan Quds Press pada 9 Februari lepas, kelihatan dinding-dinding Masjid Al-Aqsa semakin retak terutama di sebelah utara. Pihak Quds Press melaporkan, situasi sebegini sebagai suatu yang serius.Majid Al-Aqsa yang merupakan antara tempat suci umat Islam yang berada di Palestin itu dilihat mempunyai keretakan yang serius dan besar.
Apa penyebab keretakan itu? Penganalisis dan pakar menyatakan bahawa keretakan itu berpunca daripada usaha berterusan pencerobohan dan penggalian yang dilakukan oleh Israel berhamiran dinding tersebut, terutama di bawah sekolah Omari, yang terletak dalam bahagian masjid.
Quds Press menegaskan bahawa kerja-kerja menggali pihak rejim Israel sebenarnya lebih dari apa yang telah diceritakan sebelum ini. Ia memberi peringatan bahawa usaha berterusan pihak rejim zionis itu telah menimbulkan ancaman berterusan terhadap masjid, dan akan mempengaruhi struktur bangunan masjid itu daripada ancaman keretakan yang lebih serius.
Walaupun begitu, Quds berikrar akan terus membongkar segala usaha rejim zionis Israel untuk memusnahkan masjid berkenaan kerana memperbaiki masjid bukan sesuatu yang mudah apabila berlakunya perkara yang tidak diingini.
Post a Comment