Tunggulah saat kehancuran negara jika BN masih lagi memerintah
Selagi Barisan Nasional (BN) memerintah negara Malaysia, maka selama itulah pembaziran, pengkhianatan, pemborosan dan perompakan akan berlaku. Semuanya angkara 'kepandaian' BN memerintah.
Boleh dikatakan semua tempat, jabatan dan agensi mempunyai masalah. Baik dari segi perbekalan makanan, pengurusan kewangan, institusi pendidikan dimangsakan dengan agenda politik menteri yang ditugaskan, peruntukan pembangunan diselewengkan dan lebih buruk lagi, bahagian keselamatan negara pun telah 'dimangsakan' oleh puak-puak Umno-BN.
Bagaimana sebuah parti politik yang kononnya mengaku pandai mentadbir negara, namun sejak 50 tahun dahulu, pelbagai masalah timbul dalam pentadbiran negara.
Yang terbaru seperti yang diakui sendiri oleh Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.
Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya.
Apa sudah jadi?Belum sepat lagi digunakan untuk keperluan peperangan, sudah timbul masalah teknikal. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Apakah pihak yang menguruskan pembelian kapal selam itu tidak mengetahui perkara ini lebih awal sebelum membelinya?
Sebuah kapal selam bukannya berharga ratusan ringgit atau ribuan ringgit sahaja. Malahan kos pembelian sebuah kapal selam menelan belanja RM420 juta. Selepas disahkan rosak, maka perlu pula kepada pembaikan. Maka perlu pula kepada duit untuk membaikinya.
Apa yang difikirkan Perdana Menteri sebenarnya ketika ingin membeli kapal selam pertama Malaysia tu. Apakah kerajaan tidak berfikir dua tiga kali malahan empat kali dengan pengeluaran duit beratus-ratus juta ringgit semata-mata ingin memiliki kapal selam walaupun membeli yang second hand?
Apakah mereka ini tidak mengetahui risiko pembelian itu?
Sudah-sudahlah wahai puak-puak BN membazir duit rakyat. Wang negara bukan bapak kamu punya. Jangan sesuka hati mahu berbelanja ke mana sahaja.
Dalam masa yang sama, kerajaan BN secara tidak terancang, telah menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharuddin Idris Shah kerana melibatkan maruah baginda berdua yang terlibat dengan perasmian dan sambutan terhadap kapal selam yang sudah rosak. Apakah BN sudah menipu Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor dengann mempermainkan maruah baginda?
Sedikit masa lagi kita tunggu pula dengan projek Formula One yang diwujudkan Najib. Apakah nasibnya sama dengan kapal selam yang dibangga-bangga golongan Umno-BN itu atau sebaliknya.
Rakyat seharusnya sedar, bahawa BN sudah tidak lagi mampu untuk mentadbir kerajaan Malaysia walaupun mereka ini cuba lagi menafikannya.
Rosaknya kapal selam itu bermakna rakyat terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana wang yang digunakan adalah wang rakyat, bukan wang dari poket mereka. Yang mendapat keuntungan ialah orang mendapat tender pembelian dan orang yang mendapat komisyen hasil pembelian kapal selam buruk itu.
Maruah ketenteraan negara sudah merudum dan mudah dipermainkan musuh dengan tindakan bodoh Umno-BN dalam mengurus tadbir negara. Mereka hanya pandai mengambil kesempatan mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit bahkan berbilion ringgit di atas pembelian itu.
Boleh dikatakan semua tempat, jabatan dan agensi mempunyai masalah. Baik dari segi perbekalan makanan, pengurusan kewangan, institusi pendidikan dimangsakan dengan agenda politik menteri yang ditugaskan, peruntukan pembangunan diselewengkan dan lebih buruk lagi, bahagian keselamatan negara pun telah 'dimangsakan' oleh puak-puak Umno-BN.
Bagaimana sebuah parti politik yang kononnya mengaku pandai mentadbir negara, namun sejak 50 tahun dahulu, pelbagai masalah timbul dalam pentadbiran negara.
Yang terbaru seperti yang diakui sendiri oleh Panglima Tentera Laut Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.Beliau berkata, kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Post a Comment