Lotus F1 Racing pamerkan Lotus Cosworth T127
LONDON, 13 Feb: Pasukan Formula One (F1) Malaysia, Lotus F1 Racing, pada Jumaat mempamerkan buat tatapan umum jenteranya bagi musim 2010 Kejohanan Grand Prix (GP) F1 Dunia, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
Jentera kemegahan negara, Lotus Cosworth T127, diperlihatkan kepada lebih 300 tetamu di pusat pameran Royal Horticultural Halls and Conference Centre di Westminster, London.
(Gambar kanan: Jentera Lotus Cosworth T127 -Foto Paultan)
Turut berada di atas pentas bersama-sama Ketua Pasukan Datuk Seri Tony Fernandes ialah Ketua Pegawai Teknikal Mike Gascoyne dan para pemandu iaitu Jarno Trulli dari Itali, Heikki Kovalainen dari Finland dan pemandu negara Mohd Fairuz Fauzy untuk sama-masa membuka tirai yang menutupi kereta itu.
Sebaik sahaja lampu dibuka dan menerangi pentas, berdiri megah kereta berwarna hijau dan jalur kuning itu dengan perkataan 1Malaysia tertera pada badan Lotus Cosworth T127.
Fernandes dalam ucapannya berkata beliau amat bangga dengan pencapaian pasukan itu yang berjaya melancarkan kereta itu dalam tempoh lima bulan selepas pasukan itu diberikan kebenaran mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia F1 FIA.
"Saya berasa amat bangga berada di sini hari ini dan berpeluang memperlihatkan kepada dunia hasil kerja keras pasukan sejak lima bulan lepas kerana kami hanya bermula dengan empat orang dan kini mempunyai 130 staf," katanya.
Fernandes turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
"Saya dan pemegang amanah yang lain iaitu Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin SM Nasimuddin amat berbesar hati menyaksikan bagaimana pasukan ini yang lima bulan lepas masih belum wujud, kini merupakan sebuah pasukan, yang bertekad memastikan Lotus F1 Racing dapat mengharungi pelbagai cabaran mendatang," katanya.
Selepas mencapai dua kejayaan besar dengan pengesahan penyertaan untuk beraksi dalam kejohanan dan pembangunan kereta ini, Fernandes berkata tugas sebenar pasukan kini baru sahaja bermula.
"Selepas ini, kami akan meneruskan dengan melakukan ujian ke atas kereta ini dan saya yakin pasukan akan mampu melampaui jangkaan di mana sahaja," katanya.
Bagi Gascoyne pula, beberapa bulan lepas merupakan tempoh paling mencabar dalam kerjayanya.
"Saya telah berusaha keras sejak kami mula membangunkan kereta ini di Norfolk (kilang Lotus).
"Saya begitu gembira dengan apa yang kami capai setakat ini, dan kini kami mempunyai sebuah kereta yang anggun yang akan menjadi titik permulaan untuk kerja keras kami pada musim akan datang dan peluang untuk bersaing dalam pertandingan," katanya.
Mohd Fairuz, pemandu ketiga pasukan, menyifatkan majlis mempamerkan kereta itu untuk tatapan umum hari ini sebagai "saat paling indah dalam kerjayanya."
"Saya berasa amat bangga menjadi sebahagian pasukan berprestij ini. Ini merupakan satu cabaran besar tetapi saya sudah bersedia menghadapinya," katanya.
Jentera itu akan diuji buat julung kalinya atas trek pada ujian rasmi ketiga F1 di dua litar di Sepanyol iaitu Litar Jerez pada 17 Feb dan Litar Barcelona dari 25 Feb.
Pasukan Lotus F1 Racing, diumumkan oleh Najib pada September tahun lepas dan diuruskan oleh 1Malaysia Racing Team (1MRT) Sdn Bhd, mensasarkan untuk muncul pasukan terbaik di antara tiga pasukan baru musim ini.
Pasukan itu yang mengibarkan bendera Malaysia, merupakan projek biayaan swasta milik bersama Tune Group dan Naza Group. Tune Group milik bersama ketua pasukan Fernandes dan Kamarudin, seorang daripada pengarah pasukan itu.
Pengarah lain pasukan ialah dua Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza SM Nasarudin dan Zahri Ismail.
Kejohanan Dunia F1 2010 akan bermula dengan GP Bahrain pada 14 Mac disusuli GP Australia (28 Mac) dan GP Malaysia di Litar Sepang pada 4 April. -BERNAMA
Jentera kemegahan negara, Lotus Cosworth T127, diperlihatkan kepada lebih 300 tetamu di pusat pameran Royal Horticultural Halls and Conference Centre di Westminster, London.(Gambar kanan: Jentera Lotus Cosworth T127 -Foto Paultan)

Post a Comment