ABIM pandang berat kementar dalam Facebook hina Nabi SAW
Oleh: Mohamad Raimi Ab. Rahim
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kes penyiaran komentar yang menghina Nabi Muhammad S.A.W di dalam laman web social Facebook seperti dilaporkan di akhbar-akhbar harian pada hari ini. Ini memandangkan penyiaran komentar ini menggambarkan betapa rendahnya keprihatinan sesetengah pihak akan sensitiviti isu-isu tertentu di kalangan umat Islam.
ABIM khuatir jika fenomena ini dibiarkan berterusan, ia akan membuka ruang kepada perbincangan yang tidak sihat dan mampu merobek keharmonian hubungan di antara kaum negara ini. Kebimbangan ini dilatari dengan kemunculan beberapa isu sensitif yang dikaitkan dengan para pengguna laman web sosial semenjak kebelakangan ini.
Menyedari implikasi besar keadaan ini terhadap kestabilan politik negara, ABIM menggesa agar siasatan secara terperinci dibuat oleh pihak berkuasa serta mengenakan tindakan yang tegas berdasarkan kepada undang-undang serta enakmen-enakmen yang berkaitan sebagai suatu pengajaran.
ABIM menyeru agar setiap lapisan masyarakat agar memahami serta menghormati sensitiviti yang sedia ada di kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini dalam medium interaksi terbuka seperti Facebook dan laman-laman web sosial, untuk mengelakkan sebarang implikasi negatif terhadap persefahaman, keharmonian, tolerasi dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia. -ABIM online
MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kes penyiaran komentar yang menghina Nabi Muhammad S.A.W di dalam laman web social Facebook seperti dilaporkan di akhbar-akhbar harian pada hari ini. Ini memandangkan penyiaran komentar ini menggambarkan betapa rendahnya keprihatinan sesetengah pihak akan sensitiviti isu-isu tertentu di kalangan umat Islam.ABIM khuatir jika fenomena ini dibiarkan berterusan, ia akan membuka ruang kepada perbincangan yang tidak sihat dan mampu merobek keharmonian hubungan di antara kaum negara ini. Kebimbangan ini dilatari dengan kemunculan beberapa isu sensitif yang dikaitkan dengan para pengguna laman web sosial semenjak kebelakangan ini.

Post a Comment