Dah 6 bulan kahwin, baru tahu isterinya lelaki
JAKARTA - Umar tidak pernah menyangka ’isteri’ yang dinikahinya enam bulan lalu adalah lelaki. Dia tertawan dengan ’isterinya’, Fransiska alias Icha kerana rupa paras yang cantik dan selalu mengenakan tudung.

MENIPU: Wajah-wajah Fransiska Anastasya Octaviany,19 (Icha) pada maklumat di laman sosial facebook.
Beliau mula mencurigai ’isterinya’ itu apabila isterinya itu selalu menolak untuk melakukan hubungan kelamin. Setelah disiasat, Icha ternyata adalah lelaki. Umar yang merasa tertipu lantas melaporkan kepada polis di Jatiasih, sebelum ’isterinya’ Icha yang bernama sebenar Rahmat Sulityo ditahan polis.
Kisah cinta Umar dan Icha berputik di laman sosial facebook. Ketika melihat penampilan Icha di facebook, Umar terus tertarik dan meminta untuk berkenalan. Setelah perkenalan bermula di Facebook itu, Umar dan Icha meneruskan hubungannya melalui telefon.
Kemudian, kedua-duanya mula merancang untuk bersua-muka di Cibubur Junction.
"Ya mungkin dari pertemuan itu Umar jatuh cinta," kata pegawai polis Jatiasih AKP Darmawan Karosekali, Sabtu lepas.
Setelah pertemuan pertama, Icha sering berkunjung ke rumah Umar. Icha juga berkenalan dengan kedua orang tua Umar.

'Pasangan' ketika melangsungkan perkahwinan tahun lepas.
Tak lama setelah perkenalan itu, kedua-duanya menikah secara rasmi menjadi ’pasangan yang sah’ dan memiliki surat nikah rasmi.
Namun, selepas enam bulan pernikahan mereka, pembohongan Icha terbongkar.
Kapolsek menjelaskan, awalnya, Icha hanya iseng. Namun, ia keterusan dan tidak sanggup menghentikan kebohongannya dengan bersedia dinikahi oleh Umar.
Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), Ali Mustafa mengatakan, pernikahan itu fasiq atau rosak.
"Secara hukum Islam itu kan sudah fasiq, jadi pernikahan itu sudah rosak, harus dipisahkan. Surat-suratnya harus dibatalkan," kata Ali.
Setelah surat nikah dibatalkan, kedua-duanya akan berstatus sebagai ’single’ (bujang).
"Bukan duda dan bukan janda. Statusnya belum pernah menikah," katanya.
Ali yang juga merupakan Imam Besar Masjid Istiqlal itu turut menjelaskan, fasiq sebenarnya mirip dengan batal. Namun hukum fasiq itu untuk suatu hal yang sebelum peristiwa itu terjadi, si pelaku tidak mengetahuinya.
Ali mengatakan, pernikahan Icha dan Umar juga telah melanggari hukum lainnya. Pelanggaran itu ialah tidak adanya wali.
Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Kedua-duanya hidup serumah dengan orang tua Umar di Jatiasih, Bekasi. Setelah enam bulan berlalu, rahsia Icha terbongkar.
Rahmat Sulistiyo yang mengaku sebagai perempuan akan berhadapan hukuman berat kerana perbuatannya yang mengaku perempuan dan menikah dengan Umar. Ia dibuat atas kesalahan memalsukan pengenalan diri dan menipu. Beliau bakal dikenakan 7 tahun penjara.
Polisi telah melakukan siasatan ke atas semua saksi yang mengenal Icha, termasuk jiran Umar, ’suami’ Icha. Kini, Icha meringkuk dalam tahanan setelah mengaku menjadi perempuan dan telah memalsukan pengenalan diri.

Post a Comment