Header Ads

Patutlah jadi RM2.70 seliter…

WarkahDaily – Aku ingat aku yang tersilap, rupa-rupanya aku terlambat sedikit dapat informasi pasal kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan harga minyak bagi RON 97 1 April lepas.

Patutlah aku isi minyak semalam dengan harga RM2.70 seliter. Aku ingat ke stesen minyak yang salah setkan harganya. Rupa-rupanya, kerajaan BN dah naikkan harganya. Dah berapa kali naik dah ya.

Akhir tahun lepas dah naik sekali, RM2.30 seliter pada bulan Disember. Lepas tu bulan Janurai lepas, kerajaan BN naikkan lagi menjadikan harga RM2.40 seliter.

Dan yang terbaru, naik lagi pada 1 April 2011. Kerajaan BN naikkan harga petrol RON 97 sebanyak RM0.20, menjadikan harga sekarang RM2.70 seliter.

Aku sedang menunggu lagi, bila pulak kerajaan BN nak naikkan harga minyak. Rasa aku, setiap bulan ada kenaikan kot.

Tapi yang aku respect kat kerajaan BN, depa pandai tetapkan satu masa yang sesuai untuk naikkan harga minyak. Minyak dinaikkan dalam waktu masyarakat kita duk sibuk duk sembang pasal video lucah, sibuk duk tunggu nama calon pilihanraya dan persiapan pilihanraya negeri Sarawak.

Sehinggakan, ramai tidak tersedar kerajaan BN naikkan harga petrol. Terima kasih kerajaan BN kerana menaikkan lagi harga petrol.

Kepada rakyat Sarawak, hangpa kena ucapkan terima kasih kat kerajaan BN Sarawak kerana menaikkan harga petrol tu. Buktikannya ucapan terima kasih anda kepada kerajaan BN.
Dikuasakan oleh Blogger.