Raket Chong Wei ketika All-England 2011 dijual dengan harga RM200,000
KUALA LUMPUR: Tiga raket, dua helai baju dan sepasang kasut Datuk Lee Chong Wei, dilelong hari ini bagi mengutip dana bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun di bawah program amal "Hope & Smile".

Lee Chong Wei ketika beraksi menentang pemain Indonesia Taufik Hidayat dalam perlawanan amal, kempen "Hope & Smile", 3 April 2011. | foto D5 Sports
Salah satu raket yang digunakan Chong Wei ketika menjuarai Kejohanan All-England bulan lepas, meraih harga jualan tertinggi iaitu sebanyak RM200,000 yang dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Pahang.
Manakala satu lagi raketnya yang digunakan dalam perlawanan All-England tersebut pula meraih jualan sebanyak RM85,000.
Kasut pemain nombor satu dunia itu pula meraih hasil RM24,000 manakala dua helai bajunya pula meraih kombinasi jualan sebanyak RM50,000.
Pada program amal di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, Chong Wei turut beraksi di gelanggang menentang pemain Indonesia Taufik Hidayat dalam perlawanan amal.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Chong Wei menumpaskan Taufik 22-20, 19-21 dan 22-20.
Raket yang digunakan Chong Wei dan Taufik pada perlawanan amal itu juga dilelong dengan kedua-dua raket itu meraih jualan sebanyak RM84,000.
Chong Wei ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka raketnya mampu memcecah harga RM200,000.
"Saya percaya pembeli raket itu adalah peminat sukan badminton dan pada masa yang sama juga mahu membantu mangsa bencana di Jepun," katanya.
Chong Wei turut melahirkan rasa gembira kerana dapat memainkan peranan dalam membantu mangsa tsunami di Jepun menerusi sukan badminton.
Difahamkan program amal itu berjaya mengutip lebih RM700,000 sehingga kini.
Taufik berkata beliau gembira kerana dapat bersama Lee membantu mangsa tsunami di Jepun.
"Apa yang telah diusahakan oleh rakan saya Chong Wei perlu diberikan pujian dan saya sedia untuk bersama jika beliau panggil saya sekali lagi," katanya. -Bernama

Post a Comment