Header Ads

Tuntut hutang dengan cara merompak

WarkahDaily – Makin kretif orang zaman sekarang ni na. Baru nak tuntut hutang dengan penghutang. Depa pi rompak pulak daa..

Kalau sebelum ni, Ah Long duk kutip hutang dengan cara ugutan tapi lagi kretif dengan cara merompak je terus.

Yang lain-lain tu, jangan duk ikut ler. Buat yang suka menghutang pulak, pandai-pandailah bayar hutang hangpa tu, jangan nanti hangpa pulak kena rompak.


KOTA BHARU (SH) - Seorang polis bantuan antara tiga individu yang menerima padah apabila mereka dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan rotan akibat menuntut hutang secara rompakan, dua bulan lalu.

Wan Mohd Elias Muhammad Noor, 31 bersama dua rakannya Ramli Ishak, 33 dan Muhammad Khairul Anuar Mat Salleh, 28 bersalah merompak seorang lelaki semasa berada di belakang klinik Kampung Badak, 13 Januari lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mereka menggunakan sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau untuk merampas wang tunai milik Khairul Anuar Mohamad berjumlah RM1,000 serta empat cincin dan telefon bimbit mangsa.

Semasa prosiding, peguam bela yang mewakili mereka memohon mahkamah menjatuhkan hukuman seminimum mungkin dengan alasan kesalahan tersebut membabitkan tuntutan hutang Elias terhadap mangsa.

“Tertuduh bukannya didorong perasaan tamak tetapi tersilap langkah berhubung kutipan hutang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali bagaimanapun menegaskan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.:

“Orang awam memerlukan perlindungan mahkamah daripada penjenayah seperti mereka,” katanya.

Selepas menimbang hujah kedua-dua belah pihak, Hakim Rofiah Mohamad kemudiannya menjatuhkan hukuman tersebut berkuat kuasa pada tarikh ia dijatuhkan, semalam.
Dikuasakan oleh Blogger.