Gol penyamaan pemain pinjaman Arsenal legakan West Bromwich
ENGLAND: West Brom yang kini terancam berada dalam zon penyingkiran, hanya mampu meraih satu mata selepas seri 1-1 pada perlawanan Liga Inggeris menentang Stoke City awal pagi tadi.(Pemain West Bromwich yang dipinjam dari Arsenal, Carlos Vela melepaskan sepakan untuk gol penyamaan pasukannya. –foto AFP)
Gol lewat West Brom hasil jaringan penyerang Mexico yang dipinjam daripada Arsenal, Carlos Vela pada minit ke-87, sedikit sebanyak melegakan pasukan itu untuk mengasingkan diri daripada berada di kelompok ketiga terbawah.
Pada perlawanan itu, Stoke terlebih dahulu meraih gol menerusi pemain Delap di minit ke-53.
West Brom yang kini mengumpul 14 mata dalam 19 perlawanan berada di tangga keempat terbawah, mendahului Wolverhampton, West Ham dan Wigan Athletic. -AFP
Post a Comment