Persahabatan: England sekadar seri dengan Ghana dan Jerman diaibkan Australia
Kealpaan barisan pertahanan England membawa padah apabila pasukan pelawat Ghana berjaya meledak gol penyamaan di saat-saat wisel penamat bakal ditiupkan.

Penyerang Sunderland, Asamoah Gyan ledak gol penyamaan 1-1 Ghana halang kemenangan England di Stadium Wembley, England semalam. | Foto BBC
Jaringan Asamoah Gyan pada masa tambahan melenyapkan peluang skuad bimbingan Fabio Capello yang membariskan ramai pemain muda menggantikan lima tonggak utama mereka yang tidak dapat beraksi.
“Semua permain termasuk pemain muda memberikan aksi cemerlang dan di sinilah kita tahu sejauh mana kemampuan pemain ketika mereka di arah menggantikan pemain senior,” kata Capello.
England memperoleh gol tunggal hasil jaringan Andy Carroll pada minit ke-43 dan ia adalah gol pertama Carroll di untuk skuad The Three Lions.
Bagi jurulatih Ghana Goran Stevanovic, pasukannya berhak mendapat keputusan itu.
“Perlawanan ini amat sengit ditambah England beraksi lebih baik pada babak pertama, namun kami menunjukkan peningkatan di babak kedua,” katanya.
Aksi persahabatan lain, Jerman dimalukan Australia 1-2, gara-gara menurunkan pemain kurang berpengalaman.
Dendam Australia selepas diaibkan Jerman ketika saingan Piala Dunia 2010 akhirnya terbalas apabila giliran mereka pula memalukan pasukan itu pada perlawanan persahabatan di Monchengladbach, semalam.

Gol sepakan penalti Luke Wilkshire bantu Australia malukan pasukan handal Jerman 2-1 dalam aksi persahabatan di Moenchengladbach, Jerman semalam. | foto Getty Image
Kemenangan 2-1 kepada skuad bimbingan Joachim Loew sememangnya mengejutkan jurulatih Australia, Holger Osieck.
“Kami menghormati Jerman sebagai sebuah pasukan yang hebat dan perlawanan ini merupakan cabaran getir buat kami.
“Keputusan ini memang mengejutkan dan saya akui prestasi pemain di babak pertama agak lemah namun berjaya mengembalikan rentak permainan di separuh masa kedua,” katanya.
Walaupun terpaksa akur dengan kekalahan itu, Loew tetap positif dan menganggap pemain mempamerkan aksi cemerlang dan menguasai hampir keseluruhan permainan.
Buktinya, Jerman memperoleh gol pertama seawal minit ke-26 hasil jaringan Mario Gomez menerusi hantaran cantik Andre Schurrle.
Namun, dominasi juara Piala Dunia 1974 itu tidak bertahan lama apabila David Carney menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61.
Keputusan Loew menurunkan pemain kurang berpengalaman akhirnya menjerat diri sendiri apabila sekali lagi dimalukan dan kali ini menerusi Luke Wilkshire selang tiga minit kemudian.

Post a Comment