Header Ads

Euro 2012: Dirk Kuyt bantu kemaraan Belanda, Sepanyol belasah Lithuania


Dirk Kuyt (kiri) dirai rakan sepasukan selepas menjaringkan dua gol dalam tempoh 12 minit terakhir untuk kemenangan Belanda ke atas Hungary 5-3. | foto AP
Dua gol pemain tengah Belanda, Dirk Kuyt merobek ego Hungary sekali gus menghadiahkan kemenangan besar 5-3 buat finalis Piala Dunia 2010 itu dalam aksi perlawanan kelayakan Euro 2011 bagi kumpulan E semalam.

Gol pembukaan Robin van Persie seawal minit ke-13 mengekalkan penguasaan Belanda sehingga tamat separuh masa pertama.

Namun, keampuhan pertahanan Orange menyebabkan gawang mereka dibolosi dua kali sebaik babak kedua bermula hasil rembatan Gergely Rudolf pada minit ke- 46 dan Zoltan Gera empat minit kemudian.

Bagaimanapun keangkuhan Hungary tidak lama apabila Wesley Sneijder dan Ruud van Nistelrooy meledak gol penyamaan sebelum Dirk Kuyt melengkapkan kemenangan bergaya skuad bimbingan Bert van Marwijk.

Kejayaan itu bermakna Belanda mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi Kelayakan Eropah (Euro-2012) dengan mengumpul 18 mata sekali gus mendahului Kumpulan E.


Pemain Sepanyol meraikan kemenangan bergaya membelasah Lithuania 3-1 dalam aksi kelayakan Euro 2012 di Kaunas, Lithuania. | foto AP
Sementara itu, juara bertahan Sepanyol membelasah Lithuania 3-1 untuk meraikan kemenangan kali kelima berturut-turut peringkat Kumpulan I.

La Furia Roja memperoleh gol pertama menerusi Xavi 20 minit awal babak pertama sebelum Marius Stankevicius menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Kesilapan pertahanan Lithuania Tadas Kijanskas yang menyumbat gol ke gawang sendiri membawa padah dan jaringan minit-minit akhir Mata memaksa pasukan kendalian Raimondas Zutautas akur dengan kekalahan 1-3 kepada juara bertahan itu.

Sepanyol terus unggul dalam Kumpulan I dengan mengumpul 15 mata.
Dikuasakan oleh Blogger.