Header Ads

Hamas sedia henti lancar peluru berpandu jika rejim Israel henti serang Gaza

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas mengumumkan sedia berhenti melancarkan peluru berpandu terhadap Israel jika rejim itu menghentikan serangan udara ke atas Gaza.


Seorang lelaki Palestin bersedih selepas ahli keluarganya mati ketika serangan udara Israel di Gaza. Israel mendakwa mereka mensasarkan pengganas. | foto Reuters
Pengumuman itu dibuat kelmarin selepas keganasan semakin meruncing di sempadan kedua negara sehingga menimbulkan kebimbangan peperangan baru akan berlaku.

Serangan udara bertubi-tubi oleh rejim Israel ke atas Gaza mengorbankan lima pejuang dan empat orang awam termasuk kanak-kanak sepanjang minggu lalu.

Selain itu dalam kejadian terbaru, dua penduduk Gaza terbunuh dan tiga lagi cedera selepas satu lagi serangan Israel, awal pagi semalam, iaitu sehari selepas Hamas mengumumkan hasrat untuk mengadakan gencatan senjata.

Selain di Gaza, keganasan turut tercetus di Baitulmaqdis apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah bas dan mencederakan lebih 30 rakyat Israel, minggu lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh mengancam akan menggunakan kekerasan bagi membalas dendam terhadap penduduk Palestin.
Dikuasakan oleh Blogger.