Header Ads

EPL: Manchester Utd menang tipis, Arsenal sekadar seri


Dimitar Berbatov mudah melorong masuk bola muntah dari dakapan Jussi Jaaskelainen hasil rembatan Nani dua minit sebelum wisel penamat. Manchester United memang 1-0 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford semalam. | foto Getty Images
LONDON: Jaringan Dimitar Berbatov membolehkan Manchester United menang 1-0 ketas Bolton Wanderers di Old Trafford.

Sir Alex Ferguson, yang menonton dari bangku simpanan akibat digantung hampir-hampir kecewa kerana tidak mengambil peluang pasukan Arsenal seri 1-1 menentang West Brom apabila Jonny Evans dibuang padang pada minit ke75.

Dimitar Berbatov yang dimasukkan pada babak kedua menjadi wira United apabila dengan mudah melorong masuk bola muntah hasil rembatan Nani dua minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

United kini selesa di puncak liga dengan lima mata di depan Arsenal.

Dalam perlawanan lain, Arsenal gagal mengutip mata penuh apabila hanya mampu seri 2-2 menentang West Brom.


Aksi menarik Andrey Arshavin selepas menjaringkan gol pertama Arsenal ketika pertemuan pasukannya dengan West Brom dengan berkesudahan seri 2-2.
West Brom terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ketiga menerusi Steven Reid. West Brom menambah jaringan pada minit ke58 Peter Odemwingie menjadikan kedudukan 2-0.

Arsenal bagaimanapun tidak mengaku kalah dengan jaringan pertama oleh Andrei Arshavin dan jaringan penyamaan oleh Robin van Persie di minit ke-70 dan 78 untuk menjadikan keputusan akhir 2-2.

Aston Villa dikejutkan Wolves di tempat sendiri dengan 0-1.

Blackburn seri 2-2 menentang Blackpool di tempat sendiri.

Stoke pula menang bergaya 4-0 menentang Newcastle United di tempat sendiri.

Wigan pula menang 2-1 keatas Birmingham City.

Jaringan lewat Luis Saha memberikan Everton kemenangan tipis 2-1 keatas kelab dari London, Fulham. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.